berita

Berpeluang Uji Kemampuan Kamera Xiaomi 12T Pro Series Semasa Trip Ke Pulau Pinang, Ini Review Jujur Kami!

November 29th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Baru-baru ini min telah dijemput oleh pihak Xiaomi Malaysia untuk menyertai lawatan fotografi dan videografi ke Pulau Pinang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan Xiaomi 12T Pro Series yang baru sahaja menjengah pasaran negara.

Lawatan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik bagi membolehkan min menguji kemampuan kemera telefon pintar terbaru daripada Xiomi ini.

Disclaimer, ini adalah 100% review jujur min mengenai kamera dan ketahanan bateri telefon pintar Xiaomi 12T Pro Series sepanjang lawatan berlangsung.

Kamera 200MP, hasilkan gambar yang vibrance dan menarik!

Bagi korang yang belum tahu, main selling point untuk peranti mudah alih Xiaomi 12T Pro Series adalah sistem kameranya yang mampu menghasilkan imej dengan saiz 200MP. Ha! Dahsyat kan?

Kalau korang sama macam min yang sukakan imej dengan warna yang vibrance dan menarik, korang akan suka Xiaomi 12T Pro Series. Bukan apa, raw imej yang dihasilkan telefon pintar ini, cantik giler dan resolusinya besar. Gambar langsung tak pecah walaupun kita zoom.

Snapdragon 8+ Gen 1 & penjejakan gerakan buat gambar lebih jelas!

Turut dilengkapi teknologi ProFocus Ai serta dilengkapi dengan kemampuan menjejak pergerakan atau motion capture, korang dah boleh ambil gambar bergerak dengan jelas. No more blur imej guys!

Lebih menarik lagi, video yang dihasilkan kurang gegaran walaupun masa tengah rakam video tu korang tengah jalan atau tangan korang bergegar-gegar. Overall, bab kamera min puas hati sangat-sangat.

Walau bagaimanapun, min memang dah assume yang kualiti imej dan kamera Xiaomi 12T Pro Series ni akan wow sebab ia menggunakan processor Snapdragon 8+ Gen 1 SoC 4nm, salah satu processor tercangih di dunia pada ketika ini. So, secara peribadi ianya bukan satu kejutan buat min.

Bateri 5,000mAH! Tahan 8 jam walau guna terus menerus!

Menggunakan bateri berkuasa 5,000mAh, Xiaomi 12T Pro Series mampu bertahan sehingga 8 jam jika korang sekadar scroll media sosial, ambil gambar dan video. Kalau untuk gaming, min kurang pasti sebab tak sempat nak test masa trip hari tu.

Didatangkan bersama Hypercharger 120W dan dalam masa yang sama ada fungsi boost charging, bateri Xiaomi 12T Pro Series boleh dicaj penuh dalam masa lebih kurang 20 minit.

Pilihan ini disediakan incase korang kesuntukan masa nak caj telefon pintar sebelum keluar rumah. Tapi min tak galakkan korang guna selalu  fungsi ni untuk menjaga kesihatan bateri telefon pintar ini.

Kredit: Trend Detail News

Secara kesuluruhannya, min suka dan jatuh cinta dengan Xiaomi 12T Pro Series tetapi min rasa saiz adapter bagi telefon pintar ini agak bulky dan berat. Terasa betul bila pegang. Lepas tu, reka bentuk Xiaomi 12T Pro Series masih tak banyak beza dengan rekaan-rekaan telefon pintar Xiomi sebelum ini.

Bab kamera min likeeeeee! Min rasa Xiaomi deliver dengan baik apa yang diorang janjikan melalui telefon pintar Xiaomi 12T Pro Series. Pokoknya, tak rugi korang grab Xiaomi 12T Pro Series ni.

Berikut ialah harga Xiaomi 12T Pro Series:

Xiaomi 12T Pro (8GB + 256GB):  RM 2,699
Xiaomi 12T Pro (12GB + 256GB):RM 2,999

Maklumat lanjut berkaitan Xiaomi 12T Pro Series boleh didapati di https://www.mi.com/global/product/xiaomi-12t-pro/

SKIP THIS AD ×