Setiap gerak-geri penyanyi dan pelakon MK K-Clique dengan wanita yang dikenali Hajaar Siti akan sentiasa diperhati terutama dalam kalangan peminat.
Artikel Berkaitan: MK K-Clique Hadir Rumah Terbuka Sambil Pegang Tangan Gadis, Peminat Wanita Patah Hati – ‘Hancur Hati Ku!’
Artikel Berkaitan: MK K-Clique Nafi Dah Kahwin, Minta Maaf Pada Peminat Yang ‘Broken Heart’
Bukan saja-saja pegang
Menjawab isu berpegangan tangan, MK, 26, menyatakan dia tidak berniat untuk menayang kemesraan di khalayak umum.
Kata pemilik nama Muhammad Hairi Amin Hamdan, mereka sedang mengejar masa kerana sudah terlambat ketika menghadiri jemputan rumah terbuka Aidilfitri.
Isu pegang tangan ini sebenarnya ada sesetengah berpendapat salah. Kita faham.. Tetapi dalam keadaan itu, keadaan yang huru-hara, kelam kabut.. kami dah lambat. Kami nak cepat. Benda itu automatik (pegang tangan).
Depan saya ada kakak, tepi adik beradik saya. Nak tunjuk mesra, (kami) belum boleh mesra.
MK berkata demikian ketika sidang media filem ‘7 Minggu Sebelum Kahwin’ yang diadakan di Dadi Cinema Pavillion Kuala Lumpur, pada Selasa.
Selain MK, filem romantik komedi arahan Eyra Rahman turut menampilkan barisan pelakon popular antaranya Nora Danish, Alya Iman, Vanessa Reynauld, Ropie, Yassin, Sham Visa dan Azizah Mahzan.
Akan dihebahkan
Ditanya adakah dia akan berkahwin secara senyap atau ingin dikongsikan kepada umum, ini jawapan daripada pelakon drama The Hotel.
Tak la.. Saya tak akan diam-diam. Benda ini (kahwin) kena war-warkan.
Insya-Allah dah sampai masa, saya dah bersedia (akan dikongsi).
Pada April lalu, MK mengecewakan hati ramai gadis apabila memuat naik beberapa keping foto ‘sweet’ dengan Hajaar Siti. Dalam hantaran yang sama, MK turut menulis kapsyen ‘berbunga’ serta menggunakan panggilan ‘sayang.’
Sumber: Instagram @hairiwhuut