berita

‘Bersara’ Lawan Raksasa, Power Rangers Putih Rupanya Jadi Cikgu Di Sabah!

November 22nd, 2019 | by faris
Kini Trending

Bukan senang menggalas tanggungjawab sebagai guru. Selain cabaran mendidik anak bangsa, kesukaran untuk membuatkan mereka kekal berminat untuk datang ke sekolah bukanlah tugas mudah.

Seorang guru, Sudirman Tawakal mempunyai cara tersendiri untuk memikat anak muridnya ke sekolah, dengan menjadi adiwira kegemaran ramai, Power Rangers!

Minat sejak kecil

Sudirman yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Mabul, Semporna, Sabah seringkali diminta untuk bergambar apabila menyarung sut superhero itu. Kisahnya itu mendapat perhatian setelah berkongsi fotonya di laman Facebook Kami Guru Malaysia.

Menurut guru 41 tahun ini, watak superhero berlima berkenaan adalah menjadi minatnya sejak kecil namun baru sekarang boleh memakai kostum berkenaan.

Selain memenuhi hobi, niat sebenar saya memperagakan kostum adalah untuk menarik minat murid untuk datang ke sekolah.

Sebenarnya, saya memang bercadang membeli kostum itu, tetapi membatalkan niat itu selepas menerima hadiah pemberian seorang rakan guru dari China ketika menghadiri pembentangan kajian peribahasa di negara itu pada Februari lalu.

Namun, guru berkenaan hanya menghadiahkan kostum saja dan bagi melengkapnya, saya membeli sendiri aksesori lain seperti helmet, kasut, lencana dan pedang dengan kos keseluruhan RM1,150.

Setiap kali ada majlis seperti hari guru, saya akan memakai kostum berkenaan dan ada membawanya ke sekolah untuk dipakai selepas waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Turut dibantu murid

Tambah guru ini lagi, kadangkala, ada anak murid akan bertanya kepadanya jika dia tidak tampil sebagai ‘Power Rangers’ setiap kali di sekolah.

Agak rumit untuk memakai kostum itu sendiri dan kadang kala murid yang membantu saya untuk bersiap sebelum kami berkumpul bagi mengambil gambar.

Selain murid, rakan guru tahu minat saya dan gembira kerana dapat menghiburkan warga sekolah dengan cara sebegini.

Namun, tugas sebagai guru tetap menjadi keutamaan saya dan pemakaian kostum ini sekadar untuk mendapat kepuasan diri.

Power Rangers Sabah

Sumber: Harian Metro, Sudirman Tawakal

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×