berita

BERSATU, Azmin Ali & 10 Ahli Parlimen PKR Umum Keluar Pakatan Harapan

February 24th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kecoh apabila Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terbaru menerusi akaun Facebook rasmi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia iaitu Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin telah memuatnaik satu kenyataan media yang memaklumkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah keluar dari Pakatan Harapan.

BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan

https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/posts/2807674562644418

Menerusi posting tersebut, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin memberitahu keputusan BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan secara rasminya telah diputuskan oleh Majis Pimpinan Tertinggi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam satu mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 yang lalu.

Dalam pada itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia turut memaklumkan bahawa semua Ahli Undangan Rakyat dari Parti BERSATU telah menandatangani Akuan Bersumpah dan akan terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada Tun Dr Mahathir untuk kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.

KEADILAN keluar Pakatan Harapan

https://www.facebook.com/MohamedAzminAli/posts/2904137352983925?__xts__[0]=68.ARBgmGov8kE6cgkSSRBdaeWALuiAiQeYZU7FAnjc0c8Q60lxXhwmbgZ5nGU5Mxj1peqQIkGzyQQnmSBTkom1aeSDyMJXPvNgHdgcvWOVCqhNgjYTif3kqsV2mcRlmvKr2hQ5wnLCm_gtCi4vcFsNVl2WPmwp9HsRy5TN8_vMhtxGEczEyB93jgyDSzsmBKRY21Xdsnum8FAl2_IgaEbivEiDl6_YvFhMZFbMsRUOTxFpA04l1zzaAWKSID0E-i1f8f43bixN0pJ9VGYXF3R0oyNR96Kf6iOhl8p_sNvsXE8Kl75P0pAVXIt9ZQ8PDrx_zBfwHfkRMuDy6Wk-aCSGvA&__tn__=H-R

Sementara itu, Datuk Seri Azmin Ali dalam satu kenyataan media turut memaklumkan ahli-ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat secara rasminya telah membuat keputusan untuk keluar daripada KEADILAN disamping mereka akan terus menyokong Pakatan Harapan untuk membentuk sebuah blok bebas di Parlimen.

Sumber: Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Azmin Ali

SKIP THIS AD ×