berita

Bersenam Hingga Hampir Pitam, Netizen Nasihatkan Janna Nick Agar Tidak Paksa Diri

May 3rd, 2023 | by Wani
Kini Trending

Pelakon Janna Nick akui sanggup bersenam demi menikmati makanan yang sedap mahupun ada ketika dirinya hampir ‘tumbang’.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Gambar Mengenakan Hijab, Netizen Puji Janna Nick – ‘Cantik Bidadari Syurga’

Artikel Berkaitan: Didakwa Kena ‘Sidai’ 4 Jam, Individu Dedah Perangai Sebenar Janna Nick?

Artikel Berkaitan: Netizen Tegur Lain Macam ‘Posing’ Janna Nick Semasa Bersenam

Hampir pitam

Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Janna, 27, turut tertanya dengan tindakannya yang menyeksa diri dengan bersenam sehingga dikatakan hampir pitam.

Namun, pelantun lagu ‘Gatal’ itu menyertakan jawapan yang ringkas kepada usahanya untuk bersenam.

Kadang-kadang terfikir, kenapa la kena seksa diri sampai macam ni. Exercise sampai rasa macam nak pitam.

Jawapan dia sebab saya nak makan good food. Bestnya jadi orang yang makan dua tiga pinggan pun tak gemuk.

Tambah Janna, bersenam juga baik untuk kesihatan mental. Namun, dirinya akui agak sukar untuk kembali aktif selepas sebulan melalui bulan Ramadan.

Jaga kesihatan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner untuk sentiasa mengutamakan kesihatan.

Sumber: Instagram @Jannanick

SKIP THIS AD ×