Program Bersamamu TV3 masih diteruskan tahun ini dengan harapan agar ianya dapat meringankan beban individu yang kurang berkemampuan menerusi bantuan daripada pelbagai pihak dan orang ramai.
Artikel Berkaitan: Bakal Muncul Dalam Drama Bersiri, TV3 x Fazura Tampil 10 Corak Tudung Edisi Terhad
Bantu insan yang memerlukan
Program realiti amal yang disiarkan setiap jam 6.30 petang, hari Ahad di TV3 ini bermatlamat untuk membantu mana-mana individu yang memerlukan.
Dalam masa yang sama, ia juga dapat menggalakkan masyarakat untuk menyumbang menerusi tabung kemanusiaan Media Prima.
Selain itu, Bersamamu juga berperanan sebagai medium bagi mereka untuk mendapatkan pertolongan meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran serta ujian hidup namun masih tabah dan kuat untuk mengharungi setiap liku kehidupan.
Program yang memberi manfaat
Bukan itu sahaja, program yang sudah bersiaran hampir 20 tahun ini juga merupakan satu usaha yang perlu diteruskan supaya semua masyarakat dapat mendengar, melihat dan menghulurkan pertolongan daripada pelbagai bentuk.
Untuk info, Bersamamu merupakan sebuah program usaha sama Syarikat Faiza yang turut prihatin tentang kehidupan masyarakat Malaysia dan sudi untuk berkolaborasi bersama Media Prima dalam meneruskan siaran program ini.
Bagi anda yang mahu meringankan beban insan-insan kurang berkemampuan, sumbangan boleh dihulurkan menerusi akaun ‘Tabung TV3 Bersamamu’ – Bank Muamalat, nombor akaun 14010008845718 atau Maybank ‘Media Prima – NSTP Humanitarian Fund’, nombor akaun 514105323170.
Segala bantuan akan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan. Hulurkan tangan, ringankan beban.