berita

‘Bersikap Biadap, Maki Hamun & Mengkasari Anggota’ – 110 Individu Ditahan Ingkar PKP

March 25th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan bermula 18 Mac hingga 31 Mac adalah untuk mengawal penyebaran wabak Covid-19 ini. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak keluar dari rumah jika tiada urusan penting. Namun begitu, ada sesetengah individu yang melanggar arahan PKP dengan keluar dari rumah tanpa sebab yang penting. Lebih buruk lagi apabila ada yang juga mengingkar arahan serta mencabar tugas anggota polis ketika sekatan jalan raya dilakukan.

Maki hamun anggota polis

Pada peringkat awal polis mengambil pendekatan merayu, menjelaskan dan menasihati orang ramai supaya mematuhi PKP. Namun, polis tegas dalam menguatkuasakan undang-undang dengan menahan individu yang ingkar.

Seramai 110 individu ditahan kerana ingkar malah ada yang bersikap biadap, mencabar, memaki hamun dan mengkasari anggota disebabkan tidak mahu beredar.

Hasil laporan Berita Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengatakan bahawa seramai 110 individu telah ditahan sepanjang operasi PKP dijalankan. Mereka ditahan atas kesalahan ingkar terhadap arahan pihak berkuasa dan ada yang bersikap biadap dengan memaki hamun serta mengkasari anggota kerana tidak mahu berdar.  Peranan dan tanggungjawab polis amat jelas disebut dan digariskan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dalam pelaksanaan PKP.

Tak teragak-agak untuk menahan

Agak sukar untuk kita memastikan orang ramai mematuhi pergerakan dibenarkan di bawah PKP. Saya minta masyarakat memahami perintah dan ia memerlukan pengorbanan semua, jangan pentingkan diri sendiri.

Sebagai contoh sekatan jalan raya yang dilakukan di Sungai Buloh semalam, ada yang ditanya mahu ke mana mereka beri alasan beli makanan di Sungai Buloh tetapi alamat di Shah Alam.

Ada juga yang keluar rumah untuk membeli alat pertukangan. Dalam situasi itu, kita halau balik.

Pihak polis menghadapi kesukaran untuk memastikan orang ramai mematuhi pergerakan yang dibenarkan di bawah PKP. Justeru itu, dia memberi amaran kepada orang ramai agar mematuhi arahan PKP dan pihak polis tidak teragak-agak untuk menahan individu yang melanggar perintah tersebut.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×