berita

Bertahun Cari Ibu Tapi Tak Jumpa, Gadis Sebak Nampak Wanita Mirip Ibu Sampai Minta Izin Nak Peluk

May 8th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan gadis ini apabila terpaksa berpisah dengan ibu tercinta. Lebih menyedihkan apabila sehingga kini, gadis ini tidak tahu dimana keberadaan ibu kandungnya.

Wanita mirip ibu kandung

Menerusi laporan Tribunnews, gadis yang dikenali dengan nama Egilespiana ini membesar dalam sebuah keluarga yang porak peranda. Sejak beberapa tahun lalu selepas ibu dan bapanya bercerai, wanita itu terpaksa keluar dari rumah dan membawa diri. Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mengakui sangat merindui ibu kandungnya itu tetapi apakan daya sehingga kini usahanya menjejaki wanita itu masih belum membuahkan hasil.

Meskipun begitu, kerinduannya sedikit sebanyak terubat juga selepas bertemu dengan seorang wanita yang mirip wajah ibunya ketika berjalan di sebuah pusat membeli-belah di Indonesia. Tetapi selepas mendekati, dia menyedari itu bukanlah ibu kandungnya. Hal ini kerana, persamaan tersebut hanyalah disebabkan selepas wanita itu mengenakan pelitup muka. Dia yang tidak dapat menahan sebak terus mengalirkan air mata.

Terkejut sangat. Ingatkan ibu tetapi rupanya mirip je. Minta izin dengannya nak peluk kerana belum pernah rasa pelukan ibu kandung sendiri. Ini masanya dapat peluk orang yang mirip dengan ibu kandung.

Harap dapat jumpa ibu kandung

Tambahnya lagi, meskipun hanya mirip tetapi dia dapat merasai ketelusan dan keikhlasan seorang ibu. Dalam pada itu, dia berharap agar ibu kandungnya akan pulang ke pangkuannya dan mereka dapat bersatu kembali. Sementara itu, gadis ini sempat menasihati orang ramai supaya menghargai ibu bapa dan jangan sesekali membuatkan mereka mengalirkan air mata.

Korang raya ini masih bersama ibu, bertuahnya dapat minta maaf zahir dan batin kepada mereka.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa gadis ini. Mereka berharap agar gadis ini akan dipertemukan semula dengan ibu kandungnya.

Sedihnya..

@egiselpiana##WeDOIndonesia ##fyp? ##viral ##brokenhome ##BetterOnSero? original sound – febiola?

@egiselpiana#YourFaceChampion #WeDOIndonesia #brokenhome #GoodTimeKitchen #fyp?? original sound – febiola?

Sumber: Tribunnews, Egislespiana

SKIP THIS AD ×