berita

Bertahun Pendam Perasaan, Sufi Rashid Jawab Sebab Isteri ‘Lari’ Ketika Ibu Naik Pelamin

October 1st, 2019 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Viral di media sosial hari ini, apabila ibu kepada penyanyi Sufi Rashid, meluahkan rasa kecewa mendakwa diperlakukan seperti penjenayah ketika majlis perkahwinan anaknya. Hal ini berpunca apabila ada pihak dikatakan cuba menghalang mereka sekeluarga untuk memasuki dewan majlis tersebut.

Terbaru, menerusi Facebook penyanyi ‘Aku Sanggup’ itu menjelaskan cerita sebenar yang berlaku di antara ibu dan isterinya.

Badan dia sudah bergeletar

https://www.facebook.com/ISM.DELIGHTS/videos/10220324920575234/?epa=SEARCH_BOX

Menurut Sufi, isterinya bukan sejenis wanita yang tidak hormat mahupun melarikan diri ketika melihat ketibaan ibunya. Tambahnya, semasa menunggu ketibaan ibu ketika majlis berlangsung, isterinya sudah menangis dan keadaan badannya bergeletar.

Keadaan tersebut bukan disebabkan perasaan takut, tetapi disebabkan perasaan yang dipendam dan tindakan yang diberikan kepadanya. Namun, Sufi memberitahu bahawa semua yang dilalui oleh isterinya tidak diceritakan kepada sesiapa. Malah, dia juga tidak mahu mengaibkan mana-mana individu.

Hanya keluarga sahaja yang tahu

Menerusi Instagram story Sufi, dia memohon netizen supaya menghentikan kecaman terhadap isu ini. Menurutnya,  hal sebenar hanya diketahui oleh keluarga dan saudara mara terdekat sahaja. Tambahnya, keluarga mertua dan isterinya menerima kesan yang amat mendalam sebaik sahaja netizen memberi kecaman.

Sumber: Sufie Rashid

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×