berita

Bertahun-Tahun Diratah’ Bapa Tiri, Budak 11 Tahun Dibenar Gugurkan Kandungan 18 Minggu

August 18th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

gugur kandungan

Seorang kanak-kanak di Peru yang hamil akibat dirogol oleh bapa tirinya kini dibenarkan menggugurkan kandungnya.

Gugur kandungan

gugur kandungan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sindonews, mangsa yang berusia 11 tahun itu telah menjadi mangsa rogol bapa tirinya sejak beberapa tahun yang lalu. Akibat perbuatan keji tersebut, mangsa yang masih di bawah umur itu diberi keizinan untuk menggugurkan kandunganya yang kini mencecah 18 minggu.

Difahamkan, mangsa pada awalnya telah dibawa ke sebuah hospital untuk menggugurkan kandungan tetapi ditolak namun selepas pihak berkuasa campur tangan, mangsa yang masih di bawah umur itu akhirnya mendapat keizinan daripada doktor di negara tersebut untuk menggugurkan kandungannya.

Difahamkan, mangsa kini berada dalam keadaan baik.

Sekadar info, prosedur menggugurkan kandungan hanya dibenarkan kepada para wanita yang mempunyai risiko tinggi untuk melahirkan.

Sumber: Sindonews

SKIP THIS AD ×