berita

Bertalu-Talu ‘Diserang’ Cabaran Golongan Flat-Earth, Angkasawan Negara Bersumpah Lagi

October 12th, 2019 | by faris
Kini Trending

Februari lalu bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad mencabar angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk membuat pengakuan bersumpah bahawa bumi berbentuk bulat. Setelah dibuat, Suhaimi membalas mengatakan kenyataan dikeluarkan angkasawan itu sebagai bukan sumpah.

Tidak berhenti di situ, Dr Sheikh Muszaphar bertalu-talu menerima persoalan bentuk sebenar bumi di laman sosial peribadinya.

Terima banyak DM tanya soalan sama

https://www.instagram.com/p/B3d0R7xH2N_/

Dedah Dr Sheikh Muszaphar, dia menerima ribuan mesej di laman sosial bertanyakan bentuk bumi malahan ada yang dengan beraninya meminta dia bersumpah atas nama Allah. Meskipun dia pernah menjelaskan beserta dengan gambar dalam pos sebelumnya, golongan yang percaya kepada teori bumi rata atau flat earth masih enggan untuk mengalah.

Mereka masih berpegang kepada bukti yang bukan fakta yang saya rasa mengejutkan untuk diterima.

Ambil berkat hari Jumaat

Mengambil berkat penghulu segala hari, Dr Sheikh Muszaphar semalam sekali lagi bersumpah atas nama Allah mengatakan bentuk sebenar bumi seperti yang dilihat dari angkasa lepas.

Dengan nama Allah saya bersumpah bahawa Bumi berbentuk sfera seperi mana dilihat oleh saya di angkasa.

Tambahnya lagi, sukar untuk berdebat dengan mereka yang tidak berpendidikan berbanding yang berintelek kerana golongan pertama itu tidak memahami asas ilmu pengetahuan.

Sumber: Dr Sheikh Muszaphar Shukor

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×