berita

Bertengkar Di Kedai Runcit Sebelum Pijak Mati Warga Emas, Campak Dalam Parit

May 4th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Mayat seorang wanita berusia 76 tahun ditemui separuh tenggelam oleh pihak polis dalam parit yang terletak di Kampung Pasir Panjang, Sitiawan di Perak.

Dipijak hingga mati

Menerusi laporan Harian Metro, mangsa dipercayai telah dipukul dan dipijak sehingga mati oleh seorang lelaki yang berusia 65 tahun. Sebaik sahaja melihat mangsa sudah tidak bernyawa, suspek kemudian bertindak membawa mayat mangsa menggunakan kereta sorong dan dicampakkan ke dalam parit berkenaan. Difahamkan, mangsa telah dilaporkan hilang selepas dia tidak pulang ke rumah sejak 10 pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kejadian ini dikatakan berlaku selepas mangsa dan suspek bertengkar di kedai runcit di kampung berkenaan. Hasil daripada siasatan mendapati, kedua-dua mereka tidak mempunyai pertalian darah dan hanya sekadar tinggal sekampung.

Suspek dan mangsa tiada hubungan keluarga dan hanya tinggal sekampung. Pertengkaran antara mereka dipercayai disebabkan anak mangsa didakwa tidak menghormati suspek namun siasatan lanjut masih diteruskan.

Suspek mengaku bersalah

Tambahnya lagi, motosikal yang dinaiki mangsa akhirnya ditemui oleh penduduk kampung di dalam parit di belakang rumah suspek. Sebaik sahaja menyedari kejadian tersebut, mereka segera menghubungi pihak polis. Suspek yang telah ditahan kemudian mengaku bahawa dia telah memukul dan memijak mangsa di dalam rumahnya sehingga mati.

Suspek membawa mangsa dengan menggunakan kereta sorong sebelum membuang mayatnya ke dalam parit besar, kira-kira 400 meter dari rumahnya.

Mayat warga emas tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat dan suspek direman tujuh hari bermula hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumbe: Harian Metro

SKIP THIS AD ×