berita

Bertumbuk Sebab Rider Tak Hantar Pesanan Depan Rumah, Bila Disiasat Ini Sebenarnya Yang Berlaku..

November 26th, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Di Twitter, viral sebuah rakaman video mengenai pergaduhan di antara seorang individu dengan pekerja Food Panda. Pergaduhan tersebut dipercayai berlaku apabila pekerja penghantar makanan itu didakwa tidak dapat menghantar pesanan tersebut di hadapan pintu rumah individu berkenaan.

Guard tak bagi naik atas dan masuk

Menurut seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Daniel, dia mendapat tahu mengenai punca pergaduhan tersebut daripada seorang rakannya. Jelasnya, kejadian itu dipercayai berlaku apabila penghantar makanan tersebut dipercayai tidak dapat menghantar pesanan di hadapan rumah individu berkenaan seperti mana yang diinginkan oleh individu tersebut.

Ini kerana, pengawal keselamatan yang bertugas pada masa tersebut dipercayai tidak memberi kebenaran buat rider untuk memasuki kawasan perumahan itu. Tambahnya, individu berkenaan didakwa telah turun ke bawah dan bertumbuk dengan rider tersebut sehingga kes itu dipercayai dilaporkan di balai polis.

Guna id orang lain

Menerusi thread Twitter itu juga, seorang individu telah menunjukkan satu kiriman Whatsapp yang dipercayai menjelaskan situasi semasa berhubung kes tersebut. Pergaduhan yang berlaku itu telah berjaya diselesaikan di balai polis. Namun begitu, netizen turut terkejut apabila mereka mendapat maklumat bahawa rider yang ditumbuk itu dipercayai bukan rider sebenar Food Panda dan dia telah menggunakan id orang lain.

Susulan daripada itu, pihak Food Panda dipercayai sudah mengambil tindakan terhadap rider berkenaan kerana menggunakan id orang lain.

Sumber: Daniel

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×