berita

Berturut-Turut Singkir Penyanyi Sebenar, Janna Nick Pasrah Kena ‘Game’ Dengan Panel Penyiasat

July 18th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Dalam episod I Can See Your Voice Malaysia semalam, Janna Nick dilantik sebagai artis jemputan manakala, teman lelakinya, Dini Schatzmann turut diundang sebagai panel jemputan bagi membantu Janna memilih penyanyi sebenar.

Empat penyanyi sebenar tersingkir

Di awal pusingan, Janna Nick dilihat sangat yakin ketika membuat pilihan. Namun begitu, kesemua penyanyi dalam episod tersebut telah disingkirkan. Sebaik sahaja memasuki pusingan terakhir, dua peserta yang tinggal adalah penyamar. Jadi, harapan Janna untuk berduet dengan penyanyi sebenar memang tidak kesampaian dan sudah boleh diramalkan oleh penonton.

Episod paling kelakar!

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur menyaksikan episod semalam. Kemunculan Mark Adam dan Fatin Afeefa sebagai panel jemputan turut memeriahkan program berkenaan. Bukan itu sahaja, kualiti nyanyian Janna turut dipuji oleh netizen.

Sumber: TV3

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×