berita

‘Beruntungnya Jadi Wanita Sejati’ – Cemburu Lihat Wanita Hamil, Erma Fatima Luah Rasa Hati

October 29th, 2019 | by Arini Saleh
Lensa Insta

Setiap wanita yang berkahwin pasti mempunyai impian untuk memiliki zuriat sendiri. Segala dugaan dan saat manis sepanjang 9 bulan mengandung pasti akan diingati sepanjang hayat.

Pelakon, pengarah dan penerbit popular, Erma Fatima menerusi Instagram mengucapkan tahniah kepada sahabat baik yang kini sedang hamil. Namun apa yang menarik perhatian netizen ada luahan pilu Erma Fatima mengenai kehamilan.

Betapa beruntungnya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Aku jadi cemburu setiap kali melihat wanita hamil. Satu-satunya anugerah Allah buat seorang wanita yang tidak akan dapat aku nikmati hinggalah akhir nyawaku. Betapa beruntungnya kau @vieshantiekhan menjadi seorang wanita sejati. Mendapat suami yang mencintai kau. Memiliki zuriat yang menjadi simbol pada kebahagiaan kalian. DAN mendapat anak-anak yang selamanya akan menghargai kau sebagai ibu yang melahirkan mereka. Congrats adik ku.

Ujar pelakon Mok Cun ini, dia cemburu setiap kali melihat wanita hamil kerana itu adalah satu-satunya nikmat Allah yang tidak dapat dinikmatinya sehingga ke akhir hayat. Tambahnya, wanita hamil sangat beruntung kerana berjaya menjadi seorang wanita sejati.

Di ruangan komen, netizen tumpang bersimpati dan meluahkan rasa sebak. Kebanyakan daripada mereka turut menanti kehadiran zuriat di dalam rahim.  Malah andai ditakdirkan tidak dikurniakan anak, mereka berharap supaya ada ganjaran yang hebat untuk insan terpilih seperti mereka.

Netizen kongsi rasa

Sumber : Erma Fatima

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×