berita

Bestnya Matta Fair Kalini! Boleh Nikmati Diskaun & Tiket Penerbangan Serendah RM79 Dari Malaysia Airlines!

April 12th, 2022 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Memandangkan negara kita pun dah masuk fasa endemik ni, banyak perkara yang telah dilonggarkan oleh kerajaan termasuklah dengan membuka sempadan negara. Mesti korang pun ada yang dah rancang nak pergi bercuti ataupun balik kampung kan?

Jadi, alang-alang tu bolehlah tempah tiket penerbangan dengan Malaysia Airlines 2022! Jom tengok apa yang menarik!

Matta Fair Malaysia Airlines 2022 kembali dengan promosi kaw-kaw!

Bagi yang kaki travel tu, bila ada Matta Fair ni mesti excited gila kan? Mana taknya, harga tiket dan promosi yang ada tu memang murah dan berbaloi.

Kalau korang nak tahu, bermula pada 9 hingga 10 April lepas, mereka telah adakan Matta Fair di World Trade Centre Kuala Lumpur. Dengar cerita memang ada promosi kaw-kaw tau dekat sana!

Tapi, dah terlepas tu korang jangan risau sebab korang masih lagi boleh menikmati tawaran hebat tu di laman web Malaysia Airlines dimana tempoh untuk tempahan bermula dari sekarang hingga 17 april nanti dan tempoh perjalanan bermula sekarang sehingga 30 November. Jangan miss peluang ni guys!

Tiket flight domestik & antarabangsa ada diskaun sehingga 45%!

Ha…dah rancang ke tu kemana destinasi korang? Sempena Matta Fair Malaysia Airlines 2022 ni, mereka tawarkan tiket penerbangan domestik & antarabangsa dengan diskaun hebat sehingga 45% tau!

Dengan serendah RM79, korang dah dapat tiket flight domestik untuk pergi ke tempat yang korang nak. Semuanya dalam satu hala. Memang murah sangat lah kan? Mana nak dapat harga tiket macam ni kalau bukan di Matta Fair Malaysia Airlines 2022 ni!

Jom tengok antara destinasi yang ditawarkan:

Destinasi tempatan

Destinasi Asia Tenggara 

Destinasi Antarabangsa

Bukan tiket penerbangan je, ada faedah lain untuk korang enjoy dengan Malaysia Airlines ni tau!

Selain dari promosi tiket penerbangan, korang pun boleh enjoy tawaran eksklusif seperti:

  • 10% Bonus Enrich Point ( Kelas Ekonomi & Perniagaan)
  • Diskaun 25% untuk pemilihan tempat duduk  (Kelas Ekonomi )
  • Diskaun 25% untuk bagasi tambahan ( Kelas Economi & Perniagaan)
  • Diskaun 25% pada bungkusan nilai yang terdiri daripada tempat duduk standard dan bagasi tambahan 10kg (Kelas Ekonomi )

Memang puas hati wehhh! Selain itu, kalau korang adalah pemegang kad CIMB, korang berpeluang untuk nikmati diskaun tambahan sebanyak 5% dengan kod kupon MH45CIMB5. Yay! 

Nak upgrade dari ekonomi ke business class? Jom join contest ni!

Nak pergi melancong mesti nak rasa selesa dan enjoy dengan trip tu kan? Inilah masanya! Kalau korang nakkan penerbangan dengan Business Class, jomlah cuba sertai peraduan ni. Korang boleh upgrade penerbangan ke Business Class secara percuma!

Caranya mudah je, korang hanya perlu membeli tiket penerbangan melalui laman web atau ejen pelancongan Malaysia Airlines, kemudian isi borang peraduan tu di SINI.

Malaysia Airlines akan mengumumkan pemenang setiap dua hari pada jam 6.30 petang di halaman Facebook mereka.

Jom rancang percutian korang yang paling best dengan Matta Fair Malaysia Airlines tahun ni!

Tunggu apa lagi tu? Bukan senang tau nak dapat tawaran menarik yang berganda-ganda macam ni. Jadi, rancanglah percutian korang tu dengan betul.

Nak info lebih lanjut tentang tawaran menarik sempena Matta Fair Malaysia Airlines? Klik SINI.

SKIP THIS AD ×