berita

Beto Kusyairy Hentikan Trafik Di Istanbul, Nafi Hubungan Dengan Sharifah Amani

October 25th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Kalau di Malaysia, jalanraya yang sesak sudah menjadi perkara biasa dan hanya dipandang remeh. Namun berlainan pula bagi bandar Istanbul yang terletak di Turki. Laluan jalanraya di bandar ini bukanlah seperti di Malaysia kerana ianya adalah sebuah negara yang boleh dikatakan mempunyai trafik yang berbeza dari negara kita.

Menjalani penggambaran di negara yang cantik dan penuh sejarah ini telah memberikan seribu pengalaman berharga pada pelakon berbakat, Beto Kusyairy dan juga krew-krew produksi.

“Setiap saat dari kami mula berjumpa dengan pengarah (Bernard Chauly) sehinggalah habis, ianya satu pengalaman yang saya takkan lupakan,” ujar Beto.

Namun, sepanjang sesi penggambaran berjalan, terdapat satu babak dimana Beto Kusyairy terpaksa menghentikan trafik sambil berdiri ditengah jalanraya dan menyebabkan lalulintas sesak hampir 2 minit. Menurut Beto, babak tersebut bukanlah babak tambahan dan ianya berlaku secara spontan.

“Sebelum babak itu dirakamkan, Bernard telah memesan pada saya. Walau apa pun berlaku, be in character. Jadi, ketika babak itu dirakamkan, saya teruskan berlakon dan menahan kereta yang mahu melalui jalan tersebut.

“Bila pengarah ‘cut’, saya terus menyorok sebab takut,” tambah Beto lagi sambil tergelak.

Dalam pada itu, terdengar desas-desus mengatakan Beto dan Sharifah Amani mempunyai hubungan sedangkan Beto sudah pun mempunyai isteri. Ketika ditemubual, Beto menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan bahawa hubungan mereka berdua hanya sekadar kawan.

“Saya tak nafikan Sharifah Amani sebagai seorang kawan yang bagus. Kami dah banyak kali bekerjasama. Orang mungkin ingat saya ada hubungan dengan dia, tapi memang tak ada.

Beto turut menjelaskan dan mengaku isterinya sedih apabila mendengar khabar angin yang bertiup.

“Isteri saya sedih apabila dapat tahu hal ini. Mereka berdua memang sudah lama kenal semenjak dari zaman sekolah lagi,” jelas Beto merujuk pada isterinya dan Sharifah Amani.

Terbaru, Beto Kusyairy bakal muncul di pawagam dengan filem terbarunya, ‘Istanbul Aku Datang’ pada 8 November 2012. Turut membintangi filem ini ialah Lisa Surihani, Tomok dan juga Aizat Amdan. Jangan lupa untuk saksikan filem ini dipawagam!

SKIP THIS AD ×