Pelakon Beto Kusyairy menegaskan bahawa filem lakonannya, Libang Libu, tidak sama sekali mengeksploitasi watak lembut atau membawa mesej yang bertentangan dengan nilai masyarakat kepada penonton.

Artikel Berkaitan: Beto Kusyairy Terima Pandangan Penonton Terhadap ‘Libang Libu’, Setiap Individu Ada Hak Menilai Karya

Artikel Berkaitan: Filem Libang Libu Hadir Dengan Gelak Tawa, Angkat Kisah Perpaduan Masyarakat

Libang Libu tak normalisasi watak lembut

Ketika ditemui OhBulan!, pemik nama Nurkusyairy Zakuan Osman, 46, berkata watak sedemikian sememangnya wujud dalam masyarakat. Oleh itu, ia perlu dilihat daripada sudut yang lebih terbuka, bukan dengan prejudis.

Saya tak nampak daripada sudut itu sebab watak-watak sebegini wujud di kalangan kita. Kita tidaklah bermaksud untuk normalisasikan benda tu, tapi kita bagi daripada perspektif sudut pandangan mereka. 

Ada watak dalam filem itu normal sebenarnya, cuma perwatakan lembut tapi tidak berhaluan kiri. 

Perwatakan, pembawaan, personaliti dia lembut tapi masih nak berkeluarga dan berumahtangga.

Dalam pada itu, Beto turut menjelaskan bahawa filem tersebut tidak membawa sebarang agenda untuk mempromosikan mana-mana gaya hidup seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Kita tidak nak promote LGBTQ, tidak sama sekali. Dalam filem itu sendiri kita dah jelaskan apa yang watak tu rasa, nak berumahtangga. Bukan dia minta dilahirkan begitu. 

Filem ini bukan untuk promosi ataupun nak normalkan benda itu.

Kita bukan nak ajar, kita nak cuba buka perspektif masyarakat supaya jangan terus menghukum. Walau apa sekalipun, mereka tetap manusia. Kita layan sebagai manusia.

Malah ianya juga bukanlah bertujuan untuk menghakimi mana-mana pihak, sebaliknya membuka ruang perspektif kepada masyarakat agar tidak terus membuat penilaian secara melulu.