berita

Betty Benafe Kini Bergelar Isteri Kepada Jejaka Arab

December 8th, 2012 | by M
Kini Trending

Foto : LH Mediatv

Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe atau dikenali sebagai Betty Benafe, 33 telah bergelar isteri kepada seorang jejaka berketurunan Arab, bernama Bruce Darghous di sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Villa, Kempas, Johor, tepat jam 2 petang tadi. Bruce Darghous yang dinikahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Johor (JAJ), Ustaz Ahmad Faisal Mohamed berwakil wali adik lelaki kepada Betty Benafe, iaitu Rifqi Benafe dengan sekali lafaz mengikatkan tali perkahwinan mereka beserta dengan mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Betty Benafe mengenakan busana berwarna putih bersesuaian dengan tema Arab menerima 5 dulang hantaran berupa sebuah telefon bimbit berjenama Samsung S3, sebuah komputer peribadi Macbook Air,  sebuah Apple TV, persalinan ibadah berupa telekung dan tepak sirih. Manakala, Bruce Dargus yang segak mengayakan pakaian sut menerima 7 dulang hantaran berupa sebuah Al-Quran digital, sehelai songket, set wangian lelaki, tepak sirih, buah-buahan, sejadah & sirih junjung.

Majlis pernikahan yang dihadiri oleh lebih 300 tetamu jemputan antaranya VVIP dan pihak media ini turut diserikan dengan kehadiran sanak saudara Betty Benafe yang berasal daripada Indonesia.

Selain daripada ahli keluarga, majlis pernikahan dan perkahwinan kedua-dua mempelai turut dijayakan oleh pasukan jurufoto & videographer rasmi,Saza Studio & LH Mediatv dan juruacara majlis, Acad.

Betty Benafe & Bruce Dargus dijadualkan akan mengadakan majlis persandingan pada 12 Disember 2012 (Rabu) di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.