

Pelakon dan usahawan Betty Rahmad dan Nadiyah Shahab berkongsi pengalaman ditipu oleh pelanggan ketika berniaga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Manfaatkan Bulan Ramadan, Betty Rahmad Cabar Diri Hafal Surah Al Kahfi – ‘Surah Yang Mencabar, Doakan Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Betty Rahmad Kongsi Tip Istiqamah, Paksa Diri Lawan Hasutan Syaitan – ‘Kena Selalu Psiko Diri Sendiri’
Betty ditipu
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Betty atau nama lengkapnya Norsha Rahmad Ali meluahkan rasa kecewa apabila menerima wang palsu daripada pelanggan.
Tahniah saya ucapkan pada pelanggan yang datang shopping dekat booth saya di Absolute Bazaar Mitec baru-baru ni.
Anda berjaya menipu saya dengan duit palsu ini. Semoga Allah gantikan dengan lebih baik.
Dalam pada itu, Nadiyah juga memaklumkan turut mengalami nasib yang serupa.
Saya pun kena!
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi warganet, antaranya mereka menasihati Betty supaya menggunakan mesin mengimbas wang dan menjalankan urusan perniagaan tanpa tunai.
Elakkan guna duit tunai kalau ramai yang berleluasa guna duit palsu.
Beli mesin untuk scan duit, di kedai banyak yang pakai macam tu.
Nampak macam duit betul tapi palsu ya. Dasyat betul orang buat duit palsu ni.
Mungkin dia pun dapat dari orang lain, bukan niat untuk menipu.
Sumber: Threads





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

