berita

Betul Bersih Ke? Ini Antara Keburukan Makeup Remover Wipes Yang Ramai Tak Tahu

August 26th, 2019 | by Farisha Hazira
Kini Trendy

Siapa dekat sini suka pakai makeup wipes? Senang kan? Kalau keluar balik tengah malam, korang guna je makeup wipes. Takyah susah-susah pergi cuci muka dekat bilik air dah. Dah cuci guna wipes boleh terus tidur.

Tapi, korang tau tak makeup wipes do more harm than good to your skin? Haa tak tau kan? Takpe! Harini Sis Katy nak terangkan dekat korang. Korang sambung je baca!

1. Tak bersihkan muka sepenuhnya

Makeup wipes tak bersihkan muka korang sepenuhnya. Baki sisa makeup ada lagi dekat kulit sebab korang tak bilas muka lepas lap guna wipes. Tu yang buatkan muka korang naik jerawat bila bangun tidur.

2. Ada irritating & drying ingredients

Makeup wipes sebenarnya dah direndam dalam alkohol supaya ianya bebas bakteria. Selain itu, ada jugak makeup wipes yang mengandungi fragrance. Ini yang akan buatkan muka jadi kering dan sesetengah daripada korang rasa pedih bila guna wipes. 

3. Tak sesuai untuk mata

Sebenarnya tak elok cuci eye makeup guna wipes tau! Korang berkemungkinan untuk cuci dengan kasar di bahagian mata. Dan ini yang menyebabkan adanya garis halus kat bahagian bawah mata. Takkan nak nampak tua dari usia wei.

Sekarang korang dah tau makeup wipes tak elok untuk muka. Kalau boleh jangan pakai dah, cuci makeup sebersihnya guna makeup remover dulu dan guna facial cleanser lepas tu. Nak muka bersih kan? Jangan malas!

Apa pun korang jangan lupa untuk like dan follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita!