
Pelakon Abby Abadi mempersoalkan keadaan seorang suami yang culas nafkah sekali gus tidak layak menjadi wali anak untuk bernikah.
Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Sering Berkepit Dengan Norman Sebab Sudah Kaya, Abby Abadi Bersuara – ‘Pergi Sekali Memang Sebab Anak-Anak’
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Syukur Norman Hakim Lunaskan Hutang Mas Kahwin – ‘Berkat Kesabaran Selama 22 Tahun’
Suami culas nafkah tak layak jadi wali?
Menerusi ciapan yang dimuat naik di Threads, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkongsi sebuah video dakwah Ustaz Azhar Idrus yang menyentuh isu suami culas dalam memberi nafkah.
Suami berdosa besar, kes tak beri nafkah bukan dosa kecil.
Dosa besar jadi fasik. Tak boleh jadi wali nikah, tak bole jadi saksi jual beli dan sebagainya.
Fasik sampai hari kiamat selagi tidak bertaubat.
Sah ke nikah anak?
Bagaimanapun, hal berkenaan menimbulkan persoalan buat pelakon berusia 48 tahun itu sama ada pernikahan yang diwalikan oleh bapa yang culas nafkah adalah sah atau sebaliknya.
Menurut Abby, kes culas nafkah sering dilaporkan di Malaysia sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kesan dari sudut hukum agama.
Pertama kali saya dengar tentang ini. Saya cuma nak tahu, betul ke lelaki yang culas nafkah tak boleh jadi wali untuk anak nikah?
Sebab memang Malaysia banyak kes nafkah tak selesai, nafkah tertunggak, jadi bila dengar ini jadi risau untuk semua orang.
Yang bapanya jadi wali waktu anak nikah tapi bapa itu tak peduli tentang nafkah sebelum itu maksudnya sah tak nikah itu? Yang bapa hanya muncul masa hari nikah saja, bagaimana?
Yang walaupun hidup bersama, tapi nafkah pun tak peduli, macam mana status bapanya? Fasik tanpa sedar ke?
Sumber: Threads @abbyabadi_112