berita

Betul Ke Volkswagen Beetle Nak Tamatkan Pengeluaran? Ini 6 Lagi Fakta Penting Yang Korang Kena Tau.

May 17th, 2019 | by Epul
Shout Out!

Bagi peminat kereta, Volkswagen Beetle bukanlah satu jenama yang asing. Model kereta ekonomi yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Jerman Volkswagen (VW) itu mula dikeluarkan sejak tahun 1938 dan pengeluran terakhirnya adalah pada tahun 2003 . Ini model yang original tau atau dikenali sebagai Original Beetle.

Volkswagen Beetle ni mudah dikenali sebagai kereta keluaran Volkswagen kerana bentuknya yang unik dan compact. Tapi tahun lalu, Volkswagen mengeluarkan kenyataan bahawa model The Beetle akan ditamatkan sepenuhnya pengeluaran pada tahun ni. Hmm.. Sedih pula, tapi before tu ni antara benda yang korang kena tau pasal Volkswagen Beetle.

1. Nama yang berbeza mengikut negara. Boleh pulak eh?

Kalau korang nak tau Volkswagen Beetle atau Bug ni mula mendapat nama rasminya 30 tahun lepas dilancarkan tau. Lama kan? Sebenarnya kereta ni mula dikenali sebagai Porsche Type 60 sebelum ditukar Volkswagen Type 1. Nama Beetle hanya diperkenalkan pada tahun 1968. Tapi, waktu tu masyarakat seluruh dunia dah start bagi nama-nama unik kepada Beetle sebab bentuknya yang menyerupai haiwan dan serangga.

Kalau di Indonesia, Hong Kong, Thailand dan Malaysia Volkswagen Beetle sering dirujuk sebagai kodok atau kura-kura.  Di Britain pula, nama Beetle tak pernah digunakan secara rasmi kerana lebih dikenali sebagai “Type I”. Even kat Jerman pun diorang panggil Kafer, kumbang dalam bahasa Jerman. Di Brazil, Paraguay dan Uruguay ia dikenali sebagai Fusca. Manakala
di Argentina, Chile, Colombia, Paraguay, Peru, Spain, Uruguay, El Salvador, Costa Rica dan Venezuela kereta ni dikenali sebagai Escarabajo serta di Republik Dominic ia dikenali dengan nama Cepillo yang bermaksud berus.

Walau apapun nama dia, satu dunia tahu yang kereta ni keluaran Volkswagen. Cool kan?

2. Kereta asal Volkswagen boleh terapung atas air. Serius lah?

Yup, tak tipu! Memang Volkswagen Beetle boleh terapung atas air tapi untuk beberapa minit jelah. Volkswagen Beetle boleh terapung atas air sebab bahagian bawah rekaan asal kereta disealed dengan keluli. Jadi, takda bahagian yang terbuka di bawahnya. Sebab tulah kereta ni boleh terapung sekejap.

Volkswagen juga pernah mengeluarkan iklan yang claimed keretanya kedap udara dan boleh terapung. Tapi diakhir iklan, mereka jelaskan bahawa kereta tu hanya mampu terapung dalam waktu yang singkat je.

3. Beetle ada sentuhan rakyat Indonesia. Waww!

Untuk pengetahuan korang The Beetle, generasi ketiga ni mendapatkan sentuhan Chris Lesmana seorang warganegara Indonesia. Wahh! Jarang kan kita dengar pembabitan orang Asia dalam pembuatan kereta Eropah. Tapi, Chris ni memang pencinta Volkswagen Beetle sejati tau! Model Beetle tahun 1969 pun dia ada wei.

Masih mengekalkan bentuk asas Volkswagen Beetle, Chris telah menambahbaik reka bentuk model ini dengan menambah harchback dan lebih menjimatkan bahan bakar. Rekaannya diterima baik oleh pencinta Volkswagen dan jualan untuk jenama itu turut meningkat.

4. Original Beetle merupakan model kereta paling lama dalam sejarah.

Mula dihasilkan pada tahun 1938, model asal Beetle menamatkan pengeluarannya pada tahun 2003 di Mexico. Ini menjadikan Volkswagen Beetle sebagai model kereta yang paling lama pengeluarannya dalam dunia automobil dan bertahan selama 65 tahun.

Bagi menghargai model kereta ini, original Beetle yang terakhir #21,529,464 telah menjadi salah satu kereta yang diletakkan di ruang pameran di Muzium Volkswagen Auto Wolfsburg, Jerman.

5. Volkswagen Beetle model kereta paling popular dalam dunia filem.

Yang ni memang tak boleh dinafikan. Sebab sampai hari ni masih ada filem yang menggunakan model Volkswagen Beetle sebagai props mereka. Mungkin kerana cirinya yang unik serta sifat old-school yang dimiliki, maka tidak hairanlan penerbit filem pun cari model kereta ni.

Kalau kat luar negara antara cerita yang famous menggunakan model Volkswagen Beetle ni mestilah filem Herbie yang memaparkan kisah perlumbaan kereta dan jangan lupa juga filem Bumblebee salah satu francais filem Transformers yang menyaksikan bagaimana sebuah Beetle kuning bertukar menjadi Bumbleebee. Epik habis la.

6. Iklan cetak terbaik di dunia. Terbaiklah!

Nampak simple, tapi taukah korang iklan mengenai Volkswagen Beetle pada tahun 1960-an ni berjaya menjadi iklan terbaik di dunia! Hebat kan?

Walaupun tajuk yang diberikan ‘Think small’ dan grafiknya hanya sebuah kereta Volkswagen kecil berwarna hitam. Iklan cetak ni telah berjaya menarik perhatian orang ramai untuk membaca apa yang cuma disampaikan oleh Beetle. Ni merupakan satu kejayaan kepada Beetle kerana berjaya memberikan keinginan kepada pengguna kereta untuk membelinya. Kecil-kecil jangan disangka tak berbisa!

Peluang terakhir dapatkan Volkswagen Beetle. Melepas kalau tak beli sekarang!

Lepas ni dah takde lagi generasi baru Volkswagen Beetle yang akan dihasilkan. Walaupun model Original Beetle dah lama berakhir sejak 2003. Model The Beetle berjaya menyambung legasinya dengan jualan melebihi setengah juta di seluruh dunia.

Sebab tu, peminat Volkswagen Beetle tak boleh lepaskan peluang terakhir korang untuk memiliki kereta ni. Masih memilik ciri reka bentuk asal Beetle yang lama, The Beetle ni confirm lebih menonjol untuk anak muda kerana warnanya yang lebih menarik serta kuasa enjin turbonya yang pastinya memberikan korang kepuasan dalam pemanduan.

Bukan itu saja, Volkswagen Beetle jugak memiliki sistem penyaman udara dengan 2 zon Climatronic air, paparan skrin sentuh dengan app-connect serta tempat duduk kulit ‘Vienna’ yang menjadikan pemanduan korang lebih selesa.

So, kalau korang berminat nak dapatkan Volkswagen Beetle ni korang boleh la layari saja laman rasmi Volkswagen. Harga kereta ni bermula daripada RM152,390 dengan ansuran bulanan RM 1,590 sebulan. Tapi dengan ciri pemanduan dan model kereta yang unik, model Volkswagen Beetle ni merupakan antara kereta yang tak boleh dilepaskan. Rugi tau!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×