berita

Beza Umur 11 Tahun, Viral Kisah Cikgu Kahwin Dengan Anak Murid Kenal Masa Form 3

March 25th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Setiap manusia di dunia ini mesti ingin mempunyai pasangan untuk mencintai dan menjaganya hingga ke akhir hayat. Namun jodoh pertemuan semua di tangan Allah S.W.T. Kita hanya mampu merancang dan Allah S.W.T. yang menentukannya. Jika ada rezeki kita akan bersama pasangan hingga ke akhir hayat. Namun kadang-kadang jodoh kita sampai awal dan ada juga yang jodohnya sampai lambat.

Jarak Umur 11 tahun

Tular di media sosial di mana seorang wanita, 36 tahun mengenali suaminya, 25 tahun ketika suaminya berada di tingkatan 3 lagi dan semasa itu dia merupakan seorang guru. Walau bagaimanapun, pada ketika itu hubungan mereka hanya lah sekadar guru dan juga anak murid.

Berkenalan sekejap terus ke jinjang pelamin

Izza Erma yang merupakan model juga telah memuat naik videonya bersama suami tersayang. Namun apabila orang bertanya umur pasangan ini berapa, dia tidak kisah untuk menjawab soalan seperti itu dan dia mengatakan yang paling penting suaminya kelihatan matang.

This year ckup 1 year kenal ammar ni. Sapa sangka blh kawen and amik ex student jadi suami. Tp tu lah jodoh kan.

Isteri pernah ajar suami semasa tingkatan 3

Kisahnya menjadi perbualan hangat netizen kerana jarak umur mereka yang hampir 11 tahun dan suaminya merupakan anak murid kepada isterinya semasa di sekolah dulu. Siapa sangka dulu hanya mengajar anak murid tetapi apabila bila sudah besar, dia menjadi jodoh wanita tersebut.

Video penuh :

@izzaerma11 years . Husband and wife . #beforeyougo #couplechallenges #husbandandwife #fyp? original sound – Izza Erma

@izzaermaReply to @bonda.qaizara ok sis belanja muka suami masa umur form 3 dan muka sis masa muda remaja 26tahun ?. #fyp #husbandandwife #emmxammar? original sound – Izza Erma

Sumber : izzaerma

SKIP THIS AD ×