berita

Beza Umur 17 Tahun, Harris Alif & Intan Ladyana Sedang Dilamun Cinta?

May 27th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Penyanyi dan pelakon, Harris Alif mencuri tumpuan netizen apabila dia didakwa sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Intan Ladyana. Harris dipercayai kerap memuat naik foto mereka bersama di akaun Instagram miliknya.

Terbaru, pelakon Geng Bas Sekolah tersebut memuat naik foto mengenakan pakaian raya sedondon bersama Intan sehingga mengundang pelbagai teka-teki ramai peminat.

2nd raya with

https://www.instagram.com/p/CApmEiGgbWI/

https://www.instagram.com/p/B_16SJRgd6c/

Terdahulu, spekulasi mengenai hubungan di antara kedua-dua mereka telah bermula pada awal Mei lalu apabila Harris telah memuat naik foto bersama Intan dengan kapsyen ‘best part’. Namun, posting terbarunya semalam ternyata menerima pelbagai reaksi daripada peminat mereka.

Tunggu jodoh habis sekolah

Di ruangan komen, rata-rata netizen memperkatakan mengenai jarak usia di antara mereka berdua. Harris yang bakal memasuki usia 21 tahun pada September ini mempunyai perbezaan usia selama 17 tahun dengan Intan yang bakal menyambut hari lahir ke-38 pada Jun ini.

Sumber: Harris Alif

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×