berita

‘Biaq Pi La, Bukan Pakai Duit Mak Hampa Pun’

July 29th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini tular pemilik sebuah akaun Instagram mendedahkan dan mendakwa beberapa orang selebriti tempatan sanggup mengayakan barangan tiruan. Malah, foto mereka itu turut dimuatnaik di media sosial masing-masing.

Artikel berkaitan: Pemilik Akaun Instagram Ini Dedah Ramai Artis Pakai Barang Jenama Tiruan?

Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi respon terhadap isu barangan tiruan yang digayakan selebriti kita. Apabila dinasihati netizen untuk tidak memakai barangan tiruan, ini respon padu Sharnaaz Ahmad!

Jangan terpakai yang tiruan

Apa salahnya?

Nak pakai pun tak lama

Sementara itu, penyanyi Aiman Tino juga memberi pendapat peribadi terhadap isu mengayakan barangan jenama tiruan ini. Menurut mStar, dia menyifatkan isu ini tidak sepatutnya diperbesarkan lagi.

Sebenarnya ia bukan satu isu yang perlu diperbesarkan kerana pada saya normal bagi selebriti atau orang biasa nak bergaya mengikut trend semasa. Mungkin ada yang tak berkemampuan akan beli barangan tiruan. Seperti saya, nak pakai barangan itu pun tak lama.

Jadi rasa membazir pula nak beli yang asli tambahan pula harganya sangat mahal. Saya tak kisah sebab akaun itu buka aib orang, jadi biar dia tanggung sendiri dosa itu. Saya tahu ada yang sokong dan memahami situasi sebagai selebriti. Mungkin mereka juga ada yang pakai barang lokal seperti kami.

Sumber: Sharnaaz Ahmad

SKIP THIS AD ×