berita

Biar Betul! Beli Hartanah Dengan Tropicana Pun Boleh Dapat Tiket First Class Ke Eropah Weh!

November 3rd, 2022 | by Syamirul
Shout Out!

 

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Siapa sangka, angan-angan menaiki penerbangan First Class kini boleh jadi kenyataan?

Pssttt…guys min nak bagi tahu sesuatu ni, sebenarnya korang boleh menang tiket penerbangan First Class ke mana-mana negara Eropah secara PERCUMA!

Maklumlah, tiket penerbangan First Class ni bukannya murah kan? Apa yang min tahu kalau naik First Class memang selesa sangat dengan layanan VIP nya. Bukan itu sahaja, korang juga bakal menikmati sebuah ruang pribadi yang tiptop!

Bukan setakat itu je, korang juga boleh menikmati first class lounge ketika di airport siap boleh check in awal lagi. Kalau dah travel jauh-jauh mesti lapar kan? Haa.. korang juga akan dihidangkan makanan yang memang sedap ala-ala 5 star hotel.

Nak rehat pun selesa sebab seat boleh adjust jadi macam katil dan tak kan ada yang nampak korang tido. Ini baru betul pengalaman yang luar biasa!

Nak tahu macam mana? Hanya beli rumah dengan Tropicana je. Wow!

Kita tahu ada pemaju yang akan bagi sesuatu kalau kita beli hartanah dengan mereka tapi ada ke pemaju yang nak kasi hadiah yang lumayan macam Tropicana ni bila kita beli rumah?

Nak tahu cara dia macam mana? Jom min kongsikan dengan korang.

Beli hartanah sebelum 31 Disember 2022 dan berpeluang untuk cabutan bertuah!

Tropicana Property baru sahaja melancarkan kempen Journey of a Lifetime yang menawarkan hadiah yang sangat menarik dan lumayan kepada pemenang yang bertuah.

Dengan setiap pembelian rumah bersama Tropicana dari 1 Oktober 2022 hingga 31 Disember 2022, korang berpeluang untuk memenangi 1 pasang tiket penerbangan FIRST CLASS ke mana-mana negara Eropah pilihan korang! Hebat bukan?

Korang dah start fikir ke nak pegi negara Eropah mana?

Tropicana merupakan pemaju hartanah terbaik!

Jangan risau lah kalau dengan Tropicana ni memang semuanya hebat-hebat.

Tropicana memang sangat terkenal dengan projek pembinaan perbandaran yang hebat dengan kemudahan yang lengkap seperti kediaman dari landed ke high rise, hab komersial, sekolah, taman besar, ketersambungan lebuh raya dan banyak lagi.

Mereka juga mempunyai pelbagai jenis hartanah yang sesuai untuk pembeli rumah pertama ataupun pemilik bisnes yang menginginkan ruangan pejabat yang urban dengan reka bentuk “open floor plan”.

Pelbagai jenis unit ada seperti apartment, rumah berkembar semi-d, banglo, ruang pejabat dan lot komersial bermula dari RM355k

Min yakin korang mesti terus beli lah sebab fasiliti mereka memang lengkap.

Ni min kongsikan beberapa projek yang tengah laku keras sekarang :

Aman 1 Apartments, Kota Kemuning

Tengah cari rumah area Kota Kemuning dengan pelbagai kemudahan? Haa…min cadangkan korang survey Aman 1 Apartments, Kota Kemuning sebab ia merupakan apartment yang masih baru tau.

Selain itu, ia juga berdekatan dengan Tropicana Aman Lake Park dan banyak lagi. Memang sangat sesuai untuk mereka yang dah berkerluarga atau pembelian rumah pertama.

Bermula dari RM398,000 atau RM1,600/bulan korang boleh dapat 2+1 dan 3 bilik tidur. Memang sesuai untuk mereka yang dah berkeluarga. Sangat selesa!

Tempah sekarang supaya korang boleh menikmati bonus pindah masuk khas. Hebat kan!

SouthPlace Residences, Subang Jaya

Hanya dari RM355,000 atau RM910/bulan korang boleh dapatkan unit studio yang bergaya, berkeluasan 500 kaki persegi, berdekatan dengan 100 kedai runcit di sekitarnya.

Memang senang kalau nak beli makanan atau shopping nanti. Min tahu yang ramai orang nak kan kawasan perumahan mereka berdekatan dengan kedai ataupun Mall kan, Southplace Residence Subang memang pilihan yang sesuai!

Korang boleh membuat tempahan sekarang untuk menikmati duti setem MOT secara PERCUMA. Memang jimat!

Edelweiss SOFO, Petaling Jaya

Untuk korang yang baru mulakan perniagaan atau sedang mencari kawasan yang strategik, berdekatan dengan kemudahan seperti MRT, pusat membeli belah dan mempunyai fasiliti seperti tempat letak kereta, korang boleh survey Edelweiss SOFO ni.

Apa tu SOFO? SOFO ni adalah Small Office, Flexible Office. Edelweiss SOFO menyediakan ruangan pejabat dengan reka bentuk “open floor design” dan sangatlah sesuai kepada mereka yang baru berjinak dalam dunia perniagaan.

Dengan lokasi yang strategik dan reka bentuk urban, Edelweiss SOFO merupakan pilihan yang sangat baik untuk usahawan di luar sana.

Bermula dari RM512,000 atau RM1,800/bulan korang boleh nikmati semua kemudahan yang ada dan memang sesuai untuk memulakan perniagaan.

Cepat tempah sekarang dan nikmati pakej Fully Furnished dengan barangan IKEA bernilai sehingga RM30K. Mantap!

SouthPlace Shoppes, Subang Jaya

SouthPlace Shoppes ialah ialah konsep runcit yang menghadap Urban Park yang memberi kemudahan kepada semua penghuni Tropicana Metropark dan orang yang tinggal berdekatan Shah Alam dan Glenmarie.

Dengan purata 1,665 kaki persegi ia sangat sesuai untuk bisnes kedai runcit seperti F&B, farmasi dan banyak lagi lah. Korang tahu tak yang Mercato Grocer pun akan di buka di sini.

Korang akan nikmati duti setem MOT secara PERCUMA kalau buat tempah sekarang!

Edelweiss Serviced Residences, Petaling Jaya

Min rasa siapa yang tinggal berdekatan dengan mall dan MRT memang sangat bertuah kan? Yelah senang nak kemana-mana.

Jadi min suggest korang try survey Edelweiss Serviced Residences ni sebab ia hanya 200m dari Stesen MRT Surian dan Tropicana Gardens Mall!

Bermula dari RM924,00 atau RM2,300/bulan korang dapat 3 bilik tidur untuk seunit. Sesuai sangat untuk mereka yang berkeluarga.

Min rasa ini memang sangat berbaloi. Kalau korang tempah sekarang, korang akan menikmati 5x insentif tempahan bernilai RM5,000 dan hanya terhad kepada 30 unit pertama je tau. Cepat sebelum terlambat!

Hana Residences, Kota Kemuning

Bagi tahu min siapa je tak nak rumah yang cantik, mewah, mempunyai lokasi strategik yang berdekatan dengan bandar, sekolah, mempunyai suasana yang tenang dan penuh dengan kehijauan?

Siapa je tak suka kalau kawasan rumah yang ada security guard, hab rekreasi dan sebagainya kan. Kalau macam ni nak biarkan anak-anak bermain dekat luar pun selamat sebab Tropicana Aman merupakan kawasan berpagar dan berpengawal.

Hana Residences merupakan kediaman semi-D & banglo mewah yang baru dilancarkan. Memang sangat sesuai untuk seisi keluarga.

Terdapat pilihan luas tanah 45X80 hingga 80X100 untuk setiap kediaman yang ditawarkan dan boleh menikmati keistimewaan pembeli terawal kalau korang tempah sekarang. Mesti dah excited kan!

Assana Serviced Suites, Langkawi 

Korang pernah tak terbayang yang kita tinggal di kawasan tepi laut? Min selalu berangan yang min tinggal di kawasan seperti itu mesti best kan, ialah tenang je dan pemandangan pun cantik.

Assana Serviced Suites menawarkan rumah di tepi laut Andaman, korang boleh lah dengar bunyi air laut dan menikmati pemandangan yang sangat memukau dan sesuai untuk dijadikan rumah percutian atau pelaburan.

Tropicana juga menawarkan studio sehingga unit 4 bilik tidur hanya dari RM457,000.

Nikmati penginapan hotel 3H2M di Langkawi secara percuma kalau korang membuat tempahan awal sekarang.

TwinPines Serviced Suites, Genting Highlands

TwinPines Serviced Suites merupakan pelancaran pertama Tropicana Grandhill.

Dengan hanya 40 minit jarak pemanduan dari Kuala Lumpur dan 20 minit dari puncak Genting Highlands ke Tropicana Grandhill, ia bakal menjadi pilihan pencinta alam semulajadi sebagai lokasi kediaman. 

Menariknya lagi, projek ini turut dilengkapi kolam renang dengan pemanas, dapur gourmet dan banyak lagi untuk kegunaan penghuni. Syok nya!

TwinPines Serviced Suites menawarkan pelbagai unit seperti studio sehingga unit 4 bilik tidur untuk korang.

Bermula dari RM397,000 korang bakal menikmati Insentif Tempahan jika korang buat tempahan sekarang.

Tropicana hanya berikan yang terbaik untuk pembeli!

Amacam?  Menarik kan property dari Tropicana? Korang dah boleh start explore dulu dan boleh lah fikir untuk membuat pembelian korang.

Min rasa memang berbaloi kalau kita beli rumah dengan Tropicana ni sebab setiap rumah yang mereka tawarkan siap bagi macam-macam hadiah istimewa untuk korang je tau.

Projek hartanah mereka ini antara yang terbaik di Malaysia!

Haaa. Jangan lepaskan peluang ni! Cepat buat tempahan bersama Tropicana untuk berpeluang memenangi 1 pasang tiket penerbangan FIRST CLASS  ke mana-mana negara Eropah pilihan korang!

Ini baru betul Tropicana Journey Of A Lifetime! Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Tropicana.

SKIP THIS AD ×