berita

Biar Betul! Beli Telefon Pintar HONOR Siri 90 Pun Boleh Menang Hadiah Bernilai Sehingga RM13,900? Wow!

August 2nd, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Akhirnya, telefon pintar HONOR Siri 90 kini telah berada di pasaran Malaysia secara rasmi dengan pelbagai ciri fotografi yang sangat premium dan prestasi yang berkuasa untuk kegunaan harian korang tau. Bestnya!

Min sebagai pengguna telefon pintar ni memang excited bila ianya telah dilancarkan di Malaysia. Tak sabar nak beli!

Yang lagi menarik, HONOR bakal adakan roadshow dan sesiapa yang bertuah bakal memenangi hadiah bernilai sehingga RM13,900! Mantap!

Roadshow HONOR yang sangat dinanti-nantikan!

Seperti yang kita tau, HONOR memang ada peminatnya sendiri. Walaupun ianya berada dalam kategori telefon pintar mid-range tapi fungsi yang mereka tawarkan kepada pengguna bukan biasa-biasa tau.

Telefon pintar HONOR siri 90 kini telah menampilkan dua model berbeza iaitu HONOR 90 5G dan HONOR 90 Lite. Haaa…nak pilih yang mana satu ni?

Untuk pengetahuan korang, telefon pintar HONOR 90 5G kini dijual pada harga :

  • RM1,799 untuk varian 12+256GB 
  • RM2,099 untuk varian 12+512GB

Psssttttt…Kalau korang beli telefon pintar ini di roadshow mereka nanti, korang juga berpeluang memenangi hadiah istimewa? Nak tahu apa?

Antara hadiah istimewa yang bernilai sehingga RM13,900 untuk dimenangi ialah:

  • HONOR Earbuds X5
  • Warranty 1+1 tahun
  • Warranty untuk skrin retak selama 180 hari
  • Baucar ORA Good Cat bernilai RM3000
  • 2 kali cabutan bertuah yang berpeluang membawa pulang HONOR laptop, HONOR smartwatch dan sebagainya

Hemmm….Ada ke telefon pintar yang bawah RM1,200? Jangan risau, HONOR 90 Lite lah jawapannya sebab ianya hanya berharga RM1,009 untuk varian 8+256GB. WOW!

Macam mana excited tak? Jangan lepaskan peluang untuk kunjungi roadshow HONOR ni sebab mereka juga berkolaborasi dengan Zus Coffee dan Pepsi. Memang eksklusif!

Mesti korang tertanya-tanya kata mana roadshow ini bakal diadakan betul tak? Ia akan diadakan di LG East Court, IOI City Mall, dari 2 Ogos 2023 hingga 6 Ogos 2023! Jangan cakap min tak bagi tahu ya!

Klik Klik Lagi Cun! Dengan Janna Nick

Nama Janna Nick sekali lagi menjadi bualan ramai selepas muat naik satu music video (MV) terbaru? Dah kenapa pulak ni?

Kalau korang tengok betul-betul dalam MV tu, Janna Nick kelihatan menari sambil memegang telefon pintar HONOR 90 Diamond Silver yang terbaru tau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Lahhh….Rupanya Janna Nick merupakan salah seorang duta HONOR! Comel jer tengok Janna Nick menari!

Penyanyi dan pelakon Malaysia Janna Nick akan membuat kemunculan pada 5 Ogos 2023 ini di roadshow HONOR dari 2 petang hingga 4 petang tau. Ni yang lagi excited nk pergi roadshow HONOR ni!

Berbaloi ke beli HONOR 90 ni?

Min percaya mesti korang tertanya-tanya berbaloi ke kalau beli telefon pintar HONOR 90 ni, betul tak? Ini min nak kongsikan kenapa korang kena dapatkan telefon pintar ini SEKARANG juga!

1. Design yang unique dengan warna yang cantik

Telefon pintar HONOR 90 ini didatangkan dengan design yang unique serta pilihan warna yang cantik,  antaranya ialah warna Diamond Silver yang menampilkan corak cengkaman berlian halus. Ia diilhamkan oleh corak grid berlian yang boleh dilihat dalam barang kemas mewah.

Selain itu, warna Peacock Blue yang lebih moden, romantis dan penuh bergaya. Diilhamkan oleh batu permata opal dan bulu burung merak.

Akhir sekali ialah warna Emerald Green yang merupakan warna klasik dengan tekstur yang licin.

2. Siap ada risk-free dimming eye protection feature

HONOR 90 5G kini didatangkan dengan teknologi ultra-high frequency PWM dimming 3,840Hz yang diperakui Bebas Flicker TÜV Rheinland dan mencapai tahap pemalapan bebas risiko.

Ini yang kita mahukan!

Kelipan frekuensi yang rendah amat berbahaya kepada mata pengguna yang boleh menyebabkan gangguan penglihatan, ketegangan mata, keletihan, penglihatan kabur dan gejala lain.

Nak main telefon pada waktu malam tanpa merosakan kesihatan mata? Cepat dapatkan telefon pintar HONOR 90 ni tau!

3. Dilengkapi dengan kamera Super Sensing 200MP + Super Clear 50MP 

Korang suka bergambar? Telefon pintar HONOR 90 5G memang sesuai untuk korang.

Kamera Utama Super Sensing yang mempunyai CMOS 1/1.4 inci, dan mempunyai teknologi piksel setara 16 dalam 1.

Telefon pintar HONOR 90 5G kini telah menjadi pilihan ramai sebab mempunyai fungsi fotografi yang lebih baik dalam menangkap gambar beresolusi tinggi.

4. Storage yang lebih besar sehingga 512GB

Nak telefon yang mempunyai storage yang tinggi tapi harga mampu milik? Telefon pintar HONOR 90 5G memang pilihan terbaik untuk korang.

Telefon pintar kategori mid-range ini mempunyai storage yang cukup tinggi sehingga 512GB pada harga RM1,799 sahaja.

Cantik, murah dan ringan!

5. Ketahanan bateri sehingga 5000mAh

Dengan hanya berat 163g, telefon pintar HONOR 90 5G turut dilengkapi dengan bateri sehingga 5000mAh yang membolehkan korang menstrim apa jua video secara berterusan sehingga 19.5 jam dengan sekali cas. Mantap!

Bukan setakat tu jer, ia juga didatangkan dengan 66W HONOR SuperCharge. Korang hanya memerlukan 15 minit sahaja untuk caj sehingga 45% (bermula daripada 3%). Lajukan?

Jadilah pengguna HONOR SEKARANG!

Jom ramai-ramai jadi pengguna HONOR hari ini dan rebut peluang untuk menangi pelbagai hadiah yang menarik di roadshow mereka nanti.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi HONOR atau laman Facebook mereka.  Ini baru betul ‘Innovation, Quality, and Service’.

SKIP THIS AD ×