berita

Biar Betul Penyapu Boleh Berdiri Sebab Tarikan Graviti? NASA Jawab Trend #BroomChallenge

February 12th, 2020 | by faris
Kini Trending

Topik trending di laman sosial adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka-jangka. Pengguna laman sosial beberapa hari lalu berkongsi video dan foto fenomena aneh penyapu yang dikatakan boleh berdiri dengan hashtag #broomstickchallenge dan #broomchallenge. Betul ke boleh?

NASA didakwa keluarkan kenyataan penyapu berdiri kerana tarikan graviti

Cabaran berkenaan dikatakan bermula dari satu tweet kononnya Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) membuat kenyataan hanya pada Isnin lalu penyapu boleh berdiri kerana tarikan graviti. Tweet tersebut disertakan dengan video seorang wanita yang terkejut dengan kebolehan sebatang penyapu berdiri sendiri.

Walaupun tiada bukti yang menyatakan NASA ada membuat kenyataan sebegitu, cabaran berkenaan mendapat sambutan dan netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing mencuba mendirikan penyapu dan berjaya.

Ramai yang berjaya

Penyapu senget pun boleh berdiri

NASA pun buat kenyataan

NASA menerusi Twitternya menafikan pengaruh tarikan graviti yang mendakwa boleh mendirikan penyapu, namun graviti bulan boleh memberi kesan kepada arus di bumi. Angkasawan Alvin Drew dan Sarah Nobie membuat sendiri cabaran itu dan mengatakan tindakan fizik boleh berlaku bila-bila sepanjang tahun dan bukan hanya 10 Februari.

Sumber: NBC News, Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×