berita

Biar Betul Semua Ni Jadi Kalau Tak Makan Sayur Dan Buah? Takutnya!

December 13th, 2017 | by Azyan
Kini Trending

Makan sayur-sayuran dan buah-buahan seringkali dianggap remeh bagi sesetengah orang. Ada yang makan hari-hari, ada yang makan kadang-kadang, ada tu tak makan langsung! Tapi korang tahu tak, ada banyak keburukan kalau korang tak makan sayur dan buah ni. Boleh beri impak besar tau kat badan korang! Bukan sikit-sikit! Ha, nak tahu lebih lanjut, baca kat bawah ni!

Hurm, letihnya badan ni.. kenapa eh?

Ini memang perkara yang sering dialami tapi korang buat derk je kan? Tanpa korang sedari sebenarnya, kalau korang kurang atau tak makan sayur dan buah, badan  memang akan jadi letih dan kekurangan vitamin dan juga mineral! Sayur-sayuran dan buah-buahan ni ada banyak khasiat  tau sebab tu kalau  tak makan memang akan effect badan korang tu! Ha, dah letih nanti buat kerja apa pun tak jalan.

Boleh kena sembelit!

Tak percaya? Yang selalu kena sembelit tu cuba korang start makan sayur dan buah seperti pisang, avokado, brokoli, tembikai, tomato atau pun betik. Mesti korang akan rasai perbezaannya. Gerenti! Ini kerana sembelit ni jadi sebab badan korang kekurangan serat. Jadi, untuk topup balik serat dalam badan tu korang kena lah makan makanan yang memang kaya dengan serat iaitu apa lagi kan? Buah-buahan dan sayur-sayuran lah!

Berat bertambah kalau kurang makan buah?

Mengikut kajian, orang yang makan lebih buah dapat mengurangkan berat badan mereka dengan mudah. Ini kerana,menurut  Department of Nutrition at Havard T H Chan School of Public Health , dengan memakan buah-buahan yang tinggi dengan  flavonoid seperti epal, pear dan berries ia mampu membantu untuk mengawal berat badan kita! Selain tu, kalau makan buah ni boleh naikkan metabolisme!

Risiko tinggi untuk kena Diabetes!

Kita selalu dengar atau berpendapat yang punca utama kencing manis adalah disebabkan berat badan berlebihan atau faktor keturunan.

Tapi kalau korang nak tahu, kekurangan pengambilan sayur dan buah juga merupakan salah satu punca kena diabetes!

Kenapa boleh kena diabetes? Sebab kalau korang makan terlalu banyak karbohidrat, tubuh akan menyimpannya dalam bentuk gula dalam darah(glikogen). Cuba bayangkan kalau hari-hari gula tu bertambah, tak ke menggunung? Jadi, amalkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan lebih!

Sumber: Woman Online Magazine

Punca Darah Tinggi Naik!

Zaman sekarang ni hampir semua orang ad apenyakit darah tinggi. Ramai tak tahu yang penyakit darah tinggi ni merupakan salah satu faktor untuk sakit jantung! Ha tengok, dari satu penyakit ke satu penyakit. Jangan anggap remeh tau! Menurut Kementerian Kesihatan:

| Makan makanan yang kaya dengan gandum, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk lemak yang rendah boleh mengurangkan SBP anda secara purata 11mmHg dan DBP dengan purata sebanyak 5.5mmHg. Ini pelan makan dikenali sebagai Pendekatan Pemakanan untuk Hentikan Hipertensi atau Dietary Approach to Stop Hypertension (DASH).| 

Hurm, takutnya.. Ada ke buah-buahan atau sayur yang ada semua khasiat ni?

Mestilah ada! Kita ada super food yang paling famous iaitu Kale! Kale ni selalunya orang buat salad tapi.. ada orang memang tak boleh telan langsung kan sayur-sayur ni? So apa kata korang try minum MARIGOLD PEEL FRESH Mixed Kale dan Veggie!

Kementerian Kesihatan mencadangkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sebanyak dua kali sehari! Susah nak cari kombinasi buah dan sayur yang manis dan sedap? Minum je MARIGOLD PEEL FRESH Mixed Kale dan Veggie!

Dengan Peel Fresh, korang boleh dapat semua khasiat segar dengan mudah, dimana je korang berada! Lisa Surihani pun minum MARIGOLD PEEL FRESH Mixed Kale dan Veggie ni tau! Kot-kot korang try muka korang jadi secantik muka Lisa Surihani ke kan? Tak rugi mencuba! HEHE!

Dah la senang dapat, penuh dengan kesegaran dan nutrisi yang tinggi pula tu! MARIGOLD PEEL FRESH Mixed Kale and Veggie juga tinggi  dengan khasiat tau. Kale terkenal dengan khasiatnya dimana ia rendah kalori,tinggi dengan serat dan takde lemak! Tak kira lah satu kotak kecil atau kotak besar, sekali minum memang mampu untuk memberikan nutrisi yang secukupnya untuk korang semua!

 

Ha dah terasa di tekak tak? Satu gelas je tapi korang boleh dapat pelbagai khasiat! Admin dah try dah memang sedap. Tak pahit atau ada rasa sayur pun. Korang kena try, baru tahu! Fuhh, memang best lah. Jangan lupa untuk dapatkan Marigold Peel Fresh  Mixed Kale dan Veggie anda harini! Kekal sihat dengan MARIGOLD PEEL FRESH!

Maklumat lanjut korang boleh tengok di FB: I Love Peel Fresh MY

 

 

 

SKIP THIS AD ×