berita

“Biarlah Orang Nak Cakap Apapun” – Norish Karman Respon Isu Difitnah

July 30th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Sejak penyebaran gambar kontroversi yang dikatakan mirip wajah Norish Karman yang melahirkan anak, banyak pihak media yang cuba untuk dapatkan kenyataan daripada tuan punya badan ini sendiri.

Namun begitu, kehadiran Norish sebagai artis undangan dalam sebuah majlis buka puasa bersama anak yatim baru-baru ini telah membuka peluang untuk akhbar Harian Metro mendapatkan kenyataan balas daripada beliau.

Menerusi temubual tersebut, Norish dikatakan enggan menjawab sebarang isu yang berkaitan. Selain itu, beliau turut menyatakan, “Biarlah orang nak bercakap apapun. Umi Syarifah (ibu), pesan kita akan dapat bantuan Allah jika dianiaya. Dia juga nasihatkan saya supaya baca doa setiap kali selepas selesai solat untuk memohon pertolongan Allah”.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa, beliau hanya takutkan Allah dan tidak takut dengan pandangan serong manusia. Norish turut berkata, “Saya tak melatah dengan mana-mana media pun untuk marah. Cukuplah dia dikutuk Allah kerana buka keaiban orang. Siapa yang buka keaiban orang akan dianiaya Allah nanti. Saya serahkan segala-galanya pada Allah untuk menentukan.”

SKIP THIS AD ×