berita

‘Biarlah Perkahwinan Itu Direstui Kedua-Dua Keluarga’ – Zizan Akui Terima Jemputan Kahwin Emma

February 20th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Tarikh istimewa 20 Februari 2020 menjadi pilihan pelakon popular Emma Maembong sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang, Muhmaad Shazli Azhar. Mereka telah diijabkabul dalam majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Bukit Damansara.

Pernah menjalin cinta pada tahun 2014, bekas kekasih lama Emma yang juga merupakan pelawak terkenal tanah air, Zizan Razak turut mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai. Menerusi Berita Harian, Zizan turut berbesar hati kerana Emma akhirnya berjaya mendirikan rumah tangga dengan restu keluarga masing-masing.

Tahniah Emma

Saya berbesar hati mengucapkan tahniah untuk Emma… Dia ada menjemput saya. Saya tak ada masalah untuk memenuhi undangan itu. Cuma, saya tak dapat nak beri kata putus kerana perlu melihat jadual kerja terlebih dahulu.

Saya tak mengenali lelaki pilihannya itu. Namun, saya katakan padanya, biarlah jodohnya itu direstui kedua-dua keluarga.

Zizan turut memberitahu bahawa dia turut menerima undangan daripada bekas kekasihnya itu, namun masih belum boleh memberi kata putus untuk memenuhi undangan. Hal ini kerana kepadatan jadual kerjanya perlu di ambil kira.

Perkahwinan direstui keluarga

Sudah tentu saya mengharapkan yang terbaik untuk mereka. Biarlah perkahwinan itu direstui dua-dua keluarga agar mahligai dibina menemui kebahagiaan. Jika berlaku apa-apa perkara di kemudian hari, tidak ada pihak saling menuding jari.

Saya bercakap perkara ini kerana pernah berlaku pada saudara-mara saya. Baru sebulan mendirikan rumah tangga, sudah bercerai. Apabila diselidik, rupa-rupanya perkahwinan mereka tidak direstui keluarga… Itulah yang saya maksudkan.

Selain itu, dia turut berharap agar perkahwinan ini berkekalan sehingga akhir hayat kerana perkahwinan ini telah direstui oleh kedua-dua keluarga. Baginya, masalah rumah tangga pada masa kini terjadi angkara tiada restu dari keluarga masing-masing.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×