berita

‘Biasalah Orang Kedah Kalut’- Mukhriz Akui Tidak Sengaja & Mohon Maaf Pada Sultan Johor

May 24th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semalam, viral satu video menunjukkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bersalaman dengan Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Kejadian itu menerima kecaman hebat netizen yang rata-ratanya tidak setuju dengan tindakan menteri besar itu.

Walau bagaimanapun, hari ini Mukhriz akui kesilapannya dan berharap permohonan maafnya itu dapat diterima oleh Sultan Ibrahim kerana ia sesuatu yang tidak disengajakan.

Tidak bersalaman

Mukhriz yang hadir di Balairung Seri, Istana Abu Bakar untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Mustain Billah menerima kecaman hebat selepas video berdurasi 14 saat ini viral di media sosial. Rata-rata netizen menggesa agar Menteri Besar Kedah itu memohon maaf kepada Sultan Johor

 

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, surat yang diutus beliau kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar adalah bagi meminta ampun dan maaf di atas kekhilafannya kerana tidak bersalam dengan baginda di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang semalam.

Saya tak sengaja tapi tak boleh guna alasan tak sengaja memandangkan sepatutnya memang kena berhenti untuk bersalaman dengan baginda.

Biasalah, orang Kedah ni kadang kadang kita kalut, jadi berharap baginda dapat menerima permohonan maaf saya.

Nak cepat ke sana

Tambahan menurut Menteri Besar Kedah itu, beliau kalut melihat Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah telah ke hadapan dan akan memulakan bacaan doa. Namun, beliau akui kesilapannya dan memohon maaf atas kekhilafan kerana tidak berhenti bersalaman dengan Sultan Ibrahim terlebih dahulu.

Jadi, saya nak cepat ke sana tapi terlihat Yang di- Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum bersalaman untuk mengucapkan takziah kepada baginda.

Ia tidak menggambarkan sifat sopan santun rakyat Kedah Darul Aman.

Sementara itu, Mohd Fisol Jaafar memaklumkan, surat berkenaan diutuskan hari ini kepada Istana Johor dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah. Menurutnya, Mukhriz telah menyembah maklum kepada baginda bahawa kekhilafan tersebut adalah kerana kealpaan beliau sendiri.

Sumber : Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×