berita

‘Bibik Sihir Mak Guna Kambing Gurun Hitam & Tanah Orang Mati, 10 Tahun Mak Jadi Mayat Hidup’

February 27th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Amalan ilmu hitam dan sihir antara perkara yang dilaknat Allah SWT. Namun, ada juga manusia yang tidak berhati perut tergamak mengamalkan perbuatan sihir demi kepentingan diri sendiri.

Disihir pembantu rumah

Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini, seorang individu berkongsi pengalaman apabila ibu kandungnya menjadi mangsa sihir pembantu rumah mereka. Lebih meruntun hati apabila mengetahui mangsa telah menderita selama 10 tahun angkara perbuatan keji individu tersebut.

Mak aku kena buatan sihir mayat hidup dari pembantu rumah dari seberang, orang Jawa. Selama dia jadi pembantu rumah, mak aku bulat-bulat percaya dekat dia. Baik hati sampaikan beli barang emas yang dia nak.

Namun siapa sangka, di sebalik kebaikan yang diberi rupa-rupanya si ibu dikhianati oleh pembantu rumahnya sendiri. Si ibu menderita dengan pelbagai kesakitan malah diibaratkan seperti mayat hidup.

Beribu duit habis berubat tapi tak baik-baik. Satu hari, makngah ajak mak pergi Indonesia sebab ada makcik diorang kahwin dengan orang sana. Mak siap bawa pembantu rumah ni sebab kononnya nak ziarah keluarga dia sekali.

Kemudian, ada seorang orang tua datang rumah. Pandang lama dekat mak dan dia beritahu mak kena berubat sekarang. Mak pelik, macam mana dia boleh tahu. Jadi mak tawakal pergi berubat.

Guna kambing gurun hitam

Sekadar gambar hiasan

Ketika sedang berubat, tiba-tiba pembantu rumah tersebut masuk ke dalam bilik dan menangis. Dia mengaku telah menggunakan sihir dan meminta maaf kepada majikannya itu.

Dia mengaku dia yang sihir mak guna kambing gurun hitam dan tanah orang mati dibentuk rupa mak. Motif dia sihir sebab nak mak mati dan nak kahwin dengan abah.

Disebabkan orang tua tu tak boleh nak pulihkan mak, makngah minta tolong adik angkat dia (seorang kiyai). Lepas selesai solat taubat dan hajat, kiyai balut tapak kaki mak dengan kain putih. Keesokan harinya, kain tu penuh dengan tanah, jarum dan paku. Lepas tu terus mak muntah, keluar benda yang sama.

Tambah individu itu lagi, ibunya kini telah pun sembuh sepenuhnya dan pembantu rumah tersebut juga sudah tidak lagi berkhidmat di rumah mereka.

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×