berita

Bibir Bengkak Bak Belon, Wanita Kongsi Pengalaman Lucu Disengat Serangga Misteri

July 1st, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Gigitan serangga kebiasaannya akan menyebabkan gatal, bengkak dan kemerahan pada permukaan kulit. Selain daripada itu, gigitan boleh membawa kepada tindak balas lebih serius jika tidak dirawat dengan betul.

Seperti kisah yang dikongsi gadis ini, dia tiba-tiba digigit serangga ketika menunggang motor ke tempat kerja. Pada awalnya, dia hanya gatal di bahagian lengan dan ketiak sehinggalah bibir mula membengkak. Lucu la pulak, siap kena pakai purdah.

Tengah syok bawa motor tiba-tiba..

Okey ni baru sampai salon. Ingatkan biasa jela. Aku pon selfie la nak masukkan dalam group family

Mula gatal-gatal badan

Ni pergi depan nak sapu ngan mop lantai. Okey masani dah start gatai ketiak. Ingatkan gatal sebab berpeluh. Tetiba kat lengan pon gatal jugak. Start gegata dah.

Okey dah start gatal bebenor dah ni. Tengah pikir nak gi klinik ke tak

Tengah tunggu ubat dengar pulak cerita..

Okey tengah tunggu turn kat Klinik. Pergi klinik paling dekat ngan salon. Klinik Imani tu. Malu weh. Dah start berbintat kat muka. Gatal sangat.

Sumpah klinik Imani the best. Doktor lembut saangaat. Lepastu malam tu siap call lagi, tanya ada demam tak lepas cucuk ubat. Bagi 5 bintang la.

Time ni tengah stress jugak sebabnya masa tunggu ubat. Kakidaa duduk kat ruang menunggu tu dengan rasa nak muntah, loya sebab baru cucuk ubat. Lepastu patient sebelah kakidaa terlebih peramah cerita pengalaman dia kene sengat tebuan.

Aku dah la pening masatu. 3 kali bai abang tu cerita pengalaman dia. Rasa nak saletip je mulut dia masatu. Tapi okeyla meriah sikit.


Ni otw balik rumah sebab dapat mc. Muka tengah stress sebab kene nganjing ngan Abang Alif.

Dia kata bibir camni sampai tua la.

Siap berpurdah sebab rumah tak ada mask

Ni semalam nak pergi farmasi. Memang pakai purdah la weh. Sebab kat rumah takde mask 

Ni petang semalam pergi cod

Yang ni harini. Alhamdulillah sibaik tak kene buat pembedahan plastik. Dah makin okey cuma pipi belah kiri masih tembab. Hikmahnya dapatla rest kat rumah 2 hari. Terima kasih Ya Allah.

Ramai pernah kena

Sumber : Rambut Jelita

The following two tabs change content below.