berita

Big Bang & G-Dragon Dominasi Malam Kedua Golden Disk Awards

January 16th, 2013 | by M
Kini Trending

NxyPH-mPynQiYqemSi1XnKu2-DuWWDaXd9DqCULqneA

Hari kemuncak Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards yang berlangsung di Litar Sepang, Kuala Lumpur lewat malam tadi dibuka oleh kolaborasi persembahan daripada pasangan hos, Hongki daripada FT Island dan Dasom daripada SISTAR melalui lagu ‘Way Back Into Love’.

Sebanyak 9 kategori dipertandingkan iaitu Golden Disk Award Song Division, New Rising K-Pop Star, Single Album Of The Year, Best HIP HOP Star, MSN International Award, Galaxy Star Award, CeCi Popularity Award, InStyle Fashionista Award, dan Song of The Year.

Keputusan memihak kepada Big Bang yang jelas mengekalkan dominasi apabila memenangi 2 buah anugerah iaitu Golden Disk Award Song Division & MSN International Award. Selain itu, G-Dragon juga meletakkan dirinya di puncak kareer apabila memenangi 2 buah anugerah iaitu Golden Disk Award & CeCi Popularity  Award.

Untuk pengetahuan, G-Dragon merupakan salah seorang ahli Big Bang yang telah memulakan kareer solonya dengan album pertama berjudul “Heartbreaker”. Dia juga pernah dinobatkan sebagai Best Male Solo Artist ketika penganjuran 14th Mnet Asian Music Awards, November 2012.

Berikut adalah keputusan penuh Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards hari ke-2 :

Song of the Year
Psy

Golden Disk Award Song Division
T-ARA, SISTAR, 2NE1, Big Bang, K.Will, Secret, G-Dragon, PSY

New Rising K-Pop Star
B.A.P, Lee Hi, Ai Lee

Single Album of the Year
Teen Top

Best HIP HOP Star
Epik High

MSN International Award
Big Bang

Galaxy Star Award
SISTAR

CeCi Popularity Award
G-Dragon (Big Bang)

InStyle Fashionista Award
Lee Hongki

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×