
Selepas enam tahun berehat, kumpulan terkenal dari Korea Selatan, BIGBANG akan membuat kemunculan semula (comeback) di Festival Muzik dan Seni Coachella (Coachella) 2026 di Amerika Syarikat.
Artikel Berkaitan: Imran Bard Sedih Permohonan Visa Untuk Ke Coachella Ditolak, ‘Burn’ RM888 Bayar Temu Duga Dua Saat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Persembahan Dolla Vibes ‘Coachella’, Fesyen Setaraf K-Pop Idol
Ulang tahun ke-20

Berita tersebut disahkan menerusi laman web rasmi Coachella yang juga mengumumkan barisan artis yang akan membuat persembahan di Coachella 2026.
Berlangsung selama tiga hari, BIGBANG dijadualkan membuat persembahan di pentas Coachella pada 12 dan 19 April tahun hadapan.
Lebih menarik, tahun hadapan juga menandakan ulang tahun ke-20 debut BIGBANG dalam industri seni, menjadikan persembahan ini lebih bermakna buat para peminat.
Selain BIGBANG, artis lain seperti Taemin, KATSEYE dan beberapa lagi turut akan membuat persembahan di Coachella 2026 manakala Sabrina Carpenter, Justin Bieber dan Karol G akan tampil sebagai artis utama (headliner).
Terdahulu, BIGBANG dijadualkan membuat comeback pertama mereka di pentas Coachella pada April 2020 namun ia terpaksa dibatalkan susulan penularan wabak COVID-19 sekali gus mengecewakan para peminat.
Untuk rekod, BLACKPINK merupakan kumpulan dari Korea Selatan yang pertama tampil sebagai artis utama (headliner) di Coachella pada tahun 2023.
Sumber: Chosun








