Program realiti TV3 Bintang Bersama Bintang (BBB) 2019 telah sampai ke penghujung rancangan. Di peringkat akhir, lima peserta iaitu Shuk, Achey, Mamak Puteh, Sharif Zero dan Chiwan dilihat berhempas pulas mencurahkan idea dan tenaga bagi memberi persembahan terbaik untuk tatapan penonton.
Siapa sangka untuk edisi tahun ini, gelaran juara dimenangi oleh Shuk apabila berjaya menumpaskan empat peserta yang lain. Dia sekaligus membawa pulang hadiah bernilai RM100,000. Tahniah Syuk!
Syuk bijak memilih jalan cerita
Menerusi laporan Harian Metro, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohammed Sahar dilihat mengetengahkan elemen komedi bercirikan Islamik. Dia bijak mengambil peluang menerusi kehangatan drama Nur 2 yang popular di TV3 sebagai jalan cerita komedinya sekaligus merangkul gelaran juara.
Dia yang membawa watak Ustaz Adam dibantu oleh Jihan Muse sebagai Nur dan Azhan Rani yang dikecam dengan watak Ustaz Syed Hamadi.
Achey terpaksa akur
Achey yang diramalkan sebagai juara sebelum ini terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat apabila dirinya tewas di tangan Syuk. Dia yang pernah memenangi juara mingguan sebanyak tiga kali membawa pulang RM30,000.
Program yang bersiaran selama lapan minggu di TV3 turut menyaksikan kesemua peserta yang bertanding pernah membawa pulang RM10,000 apabila berjaya menjadi juara mingguan.
Artis jemputan turut memeriahkan aksi final
Setiap persembahan peserta program ini dinilai oleh juri tetap iaitu Saiful Apek dan Mark Adam. Pengacara bagi program ini pula dikendalikan oleh Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom.
Pada malam kemuncak Super BBB 2019 ini turuk menyaksikan beberapa selebriti popular tanah air hadir menjadi tetamu undangan untuk persembahan peserta iaitu Datuk Afdlin Shauki, Fikry Ibrahim, Heliza Helmi dan Black Hanifah.
Sumber: Harian Metro