Pernah tak korang rasa macam bil elektrik naik mendadak, padahal penggunaan elektrik sama je macam biasa je?
Kalau korang pernah berada dalam situasi diatas, maknanya dah sampai masanya korang ambil tahu mengenai pilihan tarif baru yang tengah trending sekarang iaitu Time-of-Use (ToU).
Apa Itu ToU?
ToU adalah adalah pelan tarif elektrik yang mengenakan kadar berbeza mengikut waktu yang telah ditetapkan. Skim ToU mempunyai 2 zon masa (Puncak dan Luar Puncak):
Isnin hingga Jumaat
- Puncak: 2 petang hingga 10 malam
- Luar Puncak: 10 malam hingga 2 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum*
- Luar Puncak: sepanjang hari (24 jam)
Nota: Cuti Umum adalah 15 hari berikut termasuk Hari Tahun Baharu, hari pertama dan kedua Tahun Baharu Cina, hari pertama dan kedua Hari Raya Aidilfitri, Hari Pekerja, Hari Wesak, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Hari Raya Aidiladha, Awal Muharram, Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia, Maulidur Rasul, Hari Deepavali dan Hari Krismas.
Ini bermakna kadar caj yang dikenakan adalah berdasarkan waktu penggunaan.
Konsepnya mudah; guna lebih elektrik masa off-peak → bayar lebih murah.
Guna lebih elektrik masa puncak → bil mungkin naik kerana kadar tarif lebih tinggi daripada kadar Tarif Am.
Kesimpulannya, dengan ToU, korang ada kuasa untuk kawal corak penggunaan elektrik anda dan urus bil dengan lebih cekap.
Cuma korang kena ubah sedikit rutin harian dan alihkan penggunaan elektrik ke waktu luar puncak. Dari situ korang boleh jimat banyak caj bil elektrik.
Siapa patut guna ToU?

Pelan ToU ni tak semestinya sesuai untuk semua orang, tapi sangat menguntungkan untuk
- Mereka yang berada di rumah pada waktu pagi dan tengah hari seperti suri rumah, pesara)
- Pemilik kenderaan elektrik (EV) yang mengecas kenderaan pada waktu malam, hari Sabtu ataupun Ahad.
- Pereka grafik, editor video, content creator yang biasanya bekerja selepas jam 10 malam.
Walau bagaimanapun jangan terburu-buru bertukar ke ToU, seboleh-bolehnya buat 3 perkara berikut terlebih dahulu:
- Semak pola penggunaan elektrik anda melalui bil terdahulu atau portal myTNB
- Kenal pasti sama ada penggunaan anda lebih kepada waktu puncak atau waktu luar puncak
- Pastikan anda menggunakan Kalkulator Bil untuk membantu anda menganggarkan bil bulanan anda di bawah kedua-dua struktur tarif. Ini akan membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat berdasarkan corak penggunaan sebenar di rumah.
Nota penting:
Menukar kepada Tarif ToU adalah pilihan, bukanlah secara automatik menjadikan bil korang lebih rendah. Jimat atau tidak, semuanya bergantung kepada cara dan bila anda guna tenaga.
Best guna ToU bagi yang bijak merancang!
Sebenarnya banyak kelebihan ToU. Korang bukan je dapat kurangkan bil elektrik tapi dalam masa yang sama menggalakkan tabiat penggunaan tenaga elektrik yang lebih bijak dan cekap.
Ini sekaligus mengurangkan bebanan grid tenaga negara pada waktu puncak dan selaras dengan pelan NETR dan usaha Malaysia untuk mencapai Net Zero 2050.
Berminat nak mohon ToU? Skim ToU kini terbuka untuk semua pelanggan berdaftar TNB.
- Pelanggan berdaftar boleh menukar kontrak tarif kepada Tarif ToU dengan mengemukakan borang bersama dokumen sokongan melalui saluran berikut:
- Emel ke [email protected]
- Kunjungi Kedai Tenaga yang terdekat
- Portal dan aplikasi myTNB – akan datang!
Setiap penukaran tarif melibatkan pembaharuan kontrak, dan duti setem RM10 akan dikenakan.
Tidak kira pilihan anda, penjimatan boleh dipertingkatkan lagi dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih cekap tenaga.
Untuk mendapatkan manfaat maksimum, anda boleh:
- Gunakan lampu LED kerana ia menjimatkan sehingga 75% tenaga berbanding mentol biasa
- Cabut soket peralatan dan pengecas apabila tidak digunakan bagi mengelakkan pembaziran tenaga tersembunyi
- Pilih penggunaan kipas berbanding penyaman udara apabila keadaan cuaca sesuai
- Jalankan mesin basuh dan pengering apabila muatan penuh
- Guna pemasa atau palam pintar untuk mengalihkan penggunaan elektrik secara automatik selepas tidak digunakan lagi
Jangan lupa! Amalkan penggunaan tenaga secara berhemah dan nikmati Insentif Cekap Tenaga bila jumlah penggunaan tenaga anda tidak melebihi 1,000 kWj sebulan.
Bersedia untuk menjadi pengguna tenaga yang lebih bijak? Ketahui lebih lanjut tentang tarif ToU dan cuba kalkulator bil di sini: https://www.mytnb.com.my/tariff/








