berita

Bila Artis Baharu Nyanyi Lagu M Nasir, Siapa Paling Ngam? Jom Layan Immortal Songs Minggu Ini!

September 18th, 2020 | by Najmi Suhaimi
Shout Out!

Lagu lama menyengat semula! Itu tagline yang digunakan rancangan realiti Immortal Songs yang menggabungkan kesemua penyanyi baharu dan lama.  Setiap minggu program ini menampilkan artis yang berbeza untuk membawa kelainan bagi lagu karyawan tersebut.

Artikel Berkaitan: Lagu Lama Menyengat Semula! 42 Penyanyi Bakal Berentap Atas Pentas Immortal Songs Malaysia

Kini, rancangan tersebut memasuki minggu keempat dan 6 orang artis lain akan berentap bagi memenangi susunan terbaik lagu.

Tampil Datuk M. Nasir

Minggu keempat ini menampilkan lagenda Datuk M. Nasir, seorang karyawan yang serba boleh dan berbakat. Beliau merupakan penyanyi, penggubah lagu, pelakon, penerbit album, pengarah dan pelukis. Hebat kan Datuk M. Nasir ni.

Bagi minggu ini,  Immortal Songs menampilkan 6 lagi artis yang lain. Antaranya ialah Shiha Zikir, Yonny Boi, Zizi Kirana, Stacy, Haikal Farid, dan Sufian Suhaimi yang bakal berentap bagi memenangi susunan lagu terbaik untuk minggu ini.

Lagu yang bakal menggegarkan pentas

Antara lagu yang bakal didendangkan oleh keenam-enam artis tersebut ialah Raikan Cinta, Keroncong Untuk Ana, Malam, Mustika, Sentuhan Listrikmu dan Suatu Masa. Nak tahu artis mana yang akan menyanyikan lagu tersebut kena lah tengok Immortal Songs minggu ini.

Kepada semua peminat program Immortal Songs jangan lupa saksikan Immortal Songs minggu ini tepat jam 9 malam hari Ahad.

Anda juga boleh mengundi pemenang undian pilihan peminat bagi minggu tersebut menerusi, https://www.xtra.com.my/immortalsongsmy/index.html. Setiap satu undi membawa makna kepada artis.

Kepada semua penonton anda boleh saksikan Immortal Songs menerusi saluran TV3, Live HD di Tonton dan menerusi platform Youtube TV3 Malaysia.

The following two tabs change content below.

Najmi Suhaimi

Content Champion at Rev Asia Berhad
Have courage and be kind.

×