Di Twitter, seorang wanita kongsi kisah sedih kehilangan kakak tersayang akibat penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE). Mengikut sumber Persatuan SLE Malaysia, penyakit ini merupakan penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya.
Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE masih tidak diketahui sehingga sekarang.
Tak sampai 3 bulan sakit
Menurut wanita ini, tidak sampai tiga bulan arwah kakaknya tahu dia ada penyakit SLE ini sebelum menghembuskan nafas terakhir. Lebih menyedihkan apabila doktor mengesahkan beberapa organ dalaman arwah tidak berfungsi dengan baik.
Asyik demam on off
Tambahnya lagi, arwah kakaknya mengalami demam ‘on off’ namun bila diperiksa ujian air kencing dan darah tiada masalah. Namun arwah semakin susut badan ekoran tiada selera makan dan lemah.
Pernafasan tak cantik
Selepas 13 hari di hospital, kakak wanita ini meninggal dunia kerana keadaan kritikal dan lemah. Selama berada di hospital, pernafasannya kurang baik dan dirawat di unit rawatan rapi.
Seakan tak percaya
Seakan tak percaya kakaknya pergi buat selamanya selepas 3 bulan sakit.
Selalu bagi ‘hint’ nak mati
Lebih menyedihkan wanita ini apabila kakaknya sering memberi petunjuk bahawa dia sakit dan sudah tak lama lagi untuk hidup. Walaupun hanya sekadar bergurau, namun siapa sangka sebenarnya arwah serius sudah lama pendam kesakitan yang tidak diketahui.
Arwah sering nangis kesakitan
Malah, arwah sering mengadu sakit badan dan menangis kesakitan. Al fatihah buat arwah.
Sumber : Eva