berita

Bila Dah Kahwin, Tak Semuanya Manis – Ana Dahlia Enggan Komen Lanjut Isu Perkahwinan

November 6th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Isu pergolakan rumah tangga antara Ana Dahlia dan Chef Riz bukanlah suatu perkara yang baru. Ana Dahlia ketika ditemui di majlis sesi ramah mesra drama ‘Cinta Itu Milikku’ semalam, turut mengaku perkara tersebut dan menganggap segalanya adalah terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

“Jujur memang Ana ada masalah, tapi rasanya tak perlulah untuk diceritakan lebih lanjut. Masing-masing ada masalah sendiri dan semestinya kalau ada masalah kita tak nak cerita dekat orang. Takut nanti mengaibkan diri sendiri. Lagipun masalah tersebut adalah terlalu peribadi.”

“Bukannya Ana nak menafikan, cuma buat masa sekarang Ana tak nak ceritakan apa-apa. Lagipun Ana nak kena jaga nama semua orang. Nama papa (Chef Wan), nama Chef Riz dan juga nama keluarga Ana sendiri.”

Dalam pada itu, Ana Dahlia turut menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan menyifatkan segalanya adalah ujian untuk menguji ketabahan dirinya.

“Apa pun yang terjadi selepas ini Ana akan terima dengan redha.”

“Ana harapkan yang terbaik untuk semua dan akan sentiasa berdoa. Panduan daripada pihak keluarga serta kekuatan diri sendiri membuatkan Ana tabah untuk hadapi semuanya.”

Meskipun begitu, pelakon ini enggan memberi sebarang komen berhubung status terkini rumahtangganya dan menegaskan dirinya tidak pernah berlaku curang.

“Ana tak nak komen soal status sekarang. Perkara tinggal sebumbung ataupun tidak adalah soalan peribadi dan Ana tak nak jawab soalan itu.”

“Tapi di sini Ana nak tegaskan Ana tak pernah curang atau menjalinkan sebarang hubungan dengan sesiapa. Ana tak nak aibkan sesiapa dan Riz sendiri tahu apa sebenarnya yang berlaku,” ujarnya kepada pihak media.

Mengulas lebih lanjut berhubung masalah rumah tangganya, pelakon ini mengingatkan kepada semua pihak supaya tidak membuat andaian sendiri dan menuduh dirinya yang bukan-bukan.

“Janganlah buat andaian sendiri. Kita tak tahu apa yang terjadi disebaliknya. Insyallah, suatu hari nanti semua orang akan tahu perkara sebenar.”

“Sekarang ni Ana nak tumpukan sepenuhnya pada kerja dan berserah sahaja. Setiap orang ada masalah masing-masing. Bila dah kahwin, tak semuanya manis.”

“Memanglah kalau diikutkan ibu bapa tak boleh masuk campur dalam masalah macam ni, tapi kadang kala pandangan mereka juga penting untuk selesaikan sesuatu masalah,” komen Ana Dahlia mengenai pergolakan rumah tangganya.