berita

Bila Dengar ‘Wanita Besi’ Apa Yang Korang Fikir? No. 5 Tu Memang Lawak Habis!

June 25th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Wanita besi sering kali dikaitkan dengan wanita yang kuat, cekal dan berjaya, selepas berjaya menempuh jerih perih dalam kehidupan. Semua kepayahan yang diorang lalui inilah sebenarnya yang telah mengubah beberapa individu sehingga mereka berjaya dalam hidup!

Wow, hebat kan! Ada tak di antara korang yang bercita-cita untuk jadi wanita besi suatu hari nanti? Haa..sebelum tu, apa kata korang ambil semangat beberapa individu yang diinpirasikan oleh PANTENE dalam video ini. Jom tonton!

 

https://www.youtube.com/watch?v=4ITFqlmHt50&feature=youtu.be

Istilah ‘Wanita Besi’ dah lama wujud kat Malaysia ni, cuma… pernah tak korang terfikir apa maksud yang tersirat dalam dua patah perkataan tu?

Kalau admin la, masa kecik-kecik dulu ingat istilah tu mengambarkan tentang wanita-wanita ni ada besi dalam badan untuk jadi kuat! Haha, Lol

Tapi apa pula pandangan para wanita kat Malaysia, berhubung istilah ni? Haa kalau nak tau, jom baca!

Ibu, adalah wanita besi! Admin setuju, korang pulak?

“Wanita besi biasanya adalah nama jolokan kepada wanita yang mempunyai kehebatan sebagai seorang pemimpin, sebagai contoh, Indira Gandhi yang pernah menjadi Perdana Menteri India wanita yang pertama.

Namun bagi saya, wanita besi juga adalah jolokan yang paling sesuai untuk ibu kita atas segala pengorbanan, kerja keras, bimbingan dan kasih sayang yang mereka curahkan.Bukan mudah menggalas tanggung jawab sebagai seorang ibu.. Mereka adalah wanita besi yang sebenar!”

Alang, 44

Ermm… housewife pun sama juga!

“Wanita besi menggambarkan seseorang yang kuat, bukan sahaja dari segi fizikal dan mental semata-mata. Mereka tahu apa yang mereka mahu and they’re working hard to achieve their goals. Tidak sahaja terjurus kepada wanita bekerjaya, even housewife yang komited menguruskan keluarga juga boleh digelar wanita besi!”

Errah, 33

Eh, betul ke keras kepala dengan keras hati? Haha..

“Wanita besi bukan merujuk kepada wanita yang keras hati atau keras kepala atau dalam erti kata lain, wanita yg bersifat degil. Tetapi, saya melihat wanita besi ialah wanita yg mempunyai personaliti yang tegas dan berpendirian tetap.”

“Mereka ialah wanita yang mempunyai karisma dalam melaksanakan tugas yang memerlukan mereka membuat keputusan secara tegas dan tetap bangun lagi untuk diri,”

Sofia, 44

Mengimbangi kerjaya dan keluarga

“Ramai yang ingat bila wanita tu bekerja, pasti sukar untuk menguruskan rumah tangga dan keluarga, tapi mereka sebenarnya salah.

“Bila dengar istilah wanita besi ni, membuatkan saya ingat tentang wanita yang boleh mengimbangi kerjaya dan keluarga mereka dengan baik pada masa yang sama,”

Dorren, 27

Wanita yang mampu kalahkan lelaki! Lol!

“Masa kecik-kecik dulu ingat wanita besi ni kuat mampu kalahkan orang lelaki! Haha Lol!

Tapi sekarang ni saya dah tahu maksud “Wanita Besi” dan ini adalah satu istilah yang memartabatkan kaum wanita. Walaupun mempunyai banyak tanggungjawab, tapi mampu mencapai cita-cita dan matlamat dengan jaya!”

Ashfi, 23

Kini, PANTENE tampil dengan inpirasi #WanitaBesi buat wanita Malaysia!

Apa kata korang buang stigma negatif berkaitan wanita besi atau iron lady ni. Wanita pun berhak untuk membuat keputusan dan memilih apa sahaja perkara yang diaorang suka.

Ramai yang fikir wanita besi ni tak sesuai dengan enviroment kat Malaysia atas faktor negara yang mempunyai budaya ketimuran! Kira sopan santun laaa.

Tapi tidak sekarang ni. Masa dan zaman mengubah perspektif dan stigma bahawa wanita besi ni tidak tertakluk kepada mana-mana individu. Wanita bebas untuk membuat pilihan!

Yuna ikon #WanitaBesi yang super awesome!

Korang nak tahu tak, penyanyi terkenal Yuna antara wanita besi yang banyak mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan sebelum menjadi penyanyi bertaraf antarabangsa!

Ingat senang ke? Bukan mudah tau! Janji tetap pendirian, usaha dan semangat mampu mengubah segalanya!

Oleh itu, PANTENE  ingin menyakinkan wanita besi diluar sana, walaupun korang menghadapi pelbagai kesukaran, itu bukan halangan untuk berjaya, asalkan korang cekal dan yakin pada diri sendiri! Sama jugalah macam Pantene Pro-V ni, bersinar di luar serta kuat di bahagian dalam!

Buatlah pilihan yang terbaik kerana kekuatan itu adalah kecantikan dan bukan penghalang kepada kejayaan! #WanitaBesi

Kalau korang nak tahu lebih lanjut berhubung kempen #WanitaBesi yang dibawa oleh PANTENE ni,boleh [klik sini].

SKIP THIS AD ×