berita

‘Bila Dia Salam Rasa Macam Nak Akad Nikah Pula’ – Netizen Dakwa Fizi Ali Bagi ‘Hint’ Nak Kahwin?

April 6th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Nama penyampai radio, Fizi Ali berjaya mencuri tumpuan netizen gara-gara sekeping foto yang dimuat naik olehnya di Instagram, semalam.

Artikel berkaitan: ‘Aku Tak Nak Buka Mulut Sebab Jaga Aib Kau!’ – Fizi Ali Mengamuk Dengan Shakilla Khoriri, Beri Amaran Jangan Cabar Kesabaran

Artikel Berkaitan: Fizi Ali & Shakilla Khoriri Bercerai, Janji Besarkan Ameena Bersama – ‘Anggaplah Jodoh Kami Sampai Di Sini’

Rasa macam akad nikah

Alhamdulillah. Selesai. Rasaanya bayar zakat tapi bila dia salam rasa macam nak akad nikah pula. Ahh sudah.

Menerusi foto yang dikongsikan, Fizi Ali dilihat sudah melaksanakan rukun Islam yang keempat iaitu membayar zakat fitrah ketika bulan Ramadan. Namun apa yang mencuri tumpuan netizen adalah cara salam amil dengan Fizi Ali pada waktu tersebut. Menurut Fizi, cara salam pada waktu tersebut sama seperti majlis akad nikah.

Berikutan daripada posting berkenaan, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen Fizi. Menurut netizen, Fizi seolah-olah memberi ‘hint’ untuk menamatkan zaman duda tidak lama lagi.

Sambil berseloroh juga, netizen mahu penyampai radio Hot FM tersebut berlatih semula cara akad nikah. Ujar netizen lagi, mereka sentiasa mendoakan yang terbaik buat Fizi.

Terdahulu, Fizi dan Shakilla Khoriri mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga bersama.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nurul Ameena Sofia pada 2019.

Sumber: Fizi Ali

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×