berita

Bila Geng ‘BBNU’ Nyanyi Lagu Datuk Khadijah Ibrahim Versi Sendiri, Memang ‘Tangkap Leleh’!

September 24th, 2020 | by Wan
Kini Trending

Persembahan memukau Stacy yang membawakan lagu Mustika di Immortal Songs pada minggu lalu telah berjaya mengangkat dirinya bergelar juara dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.

Minggu ini, Immortal Songs bakal menampilkan hampir keseluruhan geng ‘BBNU’ yang terdiri daripada Muna Shahirah, Ariff Bahran, Irfan Haris, Aina Abdul, Daniesh Suffian dan De Fam yang akan menyanyikan lagu penyanyi lagenda tanah air, Datuk Khadijah Ibrahim.

Minggu lagu ‘tangkap leleh’

Cabaran terbesar buat semua peserta pada episod kali ini ialah menyanyikan lagu lama nyanyian Datuk Khadijah Ibrahim dengan cara tersendiri disamping bersaing memperoleh markah tertinggi.

Mesti korang semua teruja nak tengok macam mana bila geng ‘BBNU’ menyanyi lagu Datuk Khadijah Ibrahim kan? Berdasarkan ‘intipan’ dan ‘risikan’ OHBULAN! melalui sumber yang boleh dipercayai, episod kali ini bakal buat penonton ‘heartbroken teruk’ sebab versi tersendiri yang dinyanyikan oleh mereka nanti sangat menyentuh jiwa!

Lebih-lebih lagi lagu nyanyian Ariff Bahran, Irfan Haris, Aina Abdul dan Daniesh Suffian. Memang ‘tangkap leleh’ sampaikan Boss Susu dan Datuk Khadijah Ibrahim sendiri sebak tau. Nak tahu siapa yang bakal bergelar juara, korang kena tengok sendiri Immortal Songs hujung minggu nanti.

Gaya tersendiri

Antara lagu yang bakal didendangkan oleh keenam-enam artis tersebut ialah Tangisan Hati Yang Derita, Ku Sangka Siang Kiranya Malam, Janjimu, Doa Buat Kekasih, Ku Pendam Sebuah Duka dan Ku Gembira Di Sampingmu.

Kepada semua peminat program Immortal Songs jangan lupa saksikan Immortal Songs minggu ini tepat jam 9 malam hari Ahad.

Anda juga boleh mengundi pemenang undian pilihan peminat bagi minggu tersebut menerusi, https://www.xtra.com.my/immortalsongsmy Setiap satu undi membawa makna kepada artis yang bertanding.

Kepada semua penonton anda boleh saksikan Immortal Songs menerusi saluran TV3, Live HD di Tonton dan menerusi platform Youtube TV3 Malaysia.

SKIP THIS AD ×