Korang ada tak momen atau kenangan berkaitan KFC yang sampai sekarang korang tak pernah lupa?
Ala momen macam celebrate kejayaan dengan keluarga, belanja orang makan masa dapat gaji pertama atau sekadar menikmati hidangan kegemaran selepas seharian bekerja. Benda-benda kecil seperti ini mungkin nampak biasa pada orang lain, tapi bagi yang mengalaminya ia boleh jadi momen terbaik yang selalu kita simpan dalam hati.
Bagi rakyat Malaysia, KFC bukan sekadar tempat untuk menikmati hidangan bersama. Ia penuh sentimental value sebab banyak perkara dan momen diraikan di sini dengan cara tersendiri.
Menerusi #GengKepci, KFC Malaysia meraikan semula kisah-kisah yang dikongsikan oleh rakyat Malaysia, dengan mencipta pengalaman istimewa untuk mereka yang menjadikan KFC sebahagian daripada momen tersebut.
Sebab momen yang bermakna bukan tentang bila ia berlaku, tetapi tentang perasaan dan kenangan yang kita bawa bersamanya.
1. Bila tempat kerja jadi permulaan sebuah kisah cinta
Siapa sangka tempat kerja boleh menjadi tempat seseorang bertemu dengan jodoh?
Bagi pasangan ini, KFC menjadi sebahagian daripada perjalanan hubungan mereka. Mereka bertemu ketika Nurul Hafiza bekerja di salah satu cawangan KFC di Kunak Sabah. Dari situlah, sumia puan Hafiza mendekatinya dengan meminta nombor telefon sebelum mereka terus berkawan dan menjalinkan hubungan cinta.
Kini setelah 4 tahun berkahwin mereka kembali merayakan ulang tahun perkahwinan mereka bersama-sama KFC.
Menerusi kisah ini, KFC bukan sekadar menjadi latar kepada kisah cinta mereka. Ia menjadi sebahagian daripada satu perjalanan yang penuh dengan kenangan, daripada hari pertama mengenali satu sama lain sehinggalah mereka membina kehidupan bersama.
Momen seperti inilah yang menunjukkan bahawa kenangan boleh tercipta di tempat yang tidak kita sangka, dan terus menjadi sesuatu yang istimewa bertahun-tahun kemudian.
2. Bila belanja KFC jadi cara berkongsi rezeki
Kak Santy: Saya pun nak tahu apa nenek nak makan.
Nenek: Nak makan KFC lah.
Kak Santy: Baik boss.
Perbualan ringkas antara Kak Santy dan seorang nenek ini mungkin nampak biasa, tetapi jawapan nenek selepas itu buat momen tersebut jadi lebih bermakna.
“Tak pernah nenek jumpa orang macam ni belanja makan. Ni barulah dapat.”
Bila KFC mendapat tahu nenek teringin nak makan KFC, mereka terus hadir bersama Kak Santy dan ‘cucu-cucu online’ nenek untuk bergotong-royong membersihkan rumahnya. Untuk meraikan momen tersebut, KFC turut belanja hidangan untuk semua yang hadir.
Daripada sekadar memenuhi permintaan nenek untuk menikmati hidangan kegemarannya, momen itu akhirnya menjadi satu kenangan yang dikongsi bersama ramai orang.
3. Sambut Konvokesyen dengan KFC
Bagi Sophia, KFC sudah menjadi sebahagian daripada momen kejayaan sejak kecil.
Menurut Sophia, antara kenangan terawal ialah ketika dia mendapat nombor satu dalam kelas semasa sekolah rendah, keluarganya meraikannya dengan KFC. Sampai sekarang, setiap kali ada birthday, kemenangan atau menerima anugerah, KFC adalah antara special treat yang sering menjadi pilihan keluarga mereka.
Jadi apabila Sophia berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, dia tidak menyangka KFC pula hadir untuk menjadikan hari konvokesyennya lebih istimewa.
Sophia terkejut apabila menerima kejutan lengkap dengan sash, bunga, photobooth dan kehadiran Chicky, maskot KFC.
Daripada nombor satu dalam kelas ketika kecil hinggalah berjaya menggenggam ijazah, KFC ternyata turut menjadi sebahagian daripada momen kejayaan Sophia bersama keluarganya.
“Thank you so much, KFC.”
4. Bila kejayaan 10A SPM diraikan bersama KFC

“Syukur Alhamdulillah Ariq dapat 10 A dalam SPM 2025.”
Perkongsian @abdullah_abd.aziz.75 di Threads ini meraikan kejayaan Ariq yang berjaya memperoleh 10A dalam SPM 2025.
Selepas bertahun-tahun belajar dan berusaha, pencapaian ini pastinya menjadi momen yang membanggakan buat Ariq sekeluarga, lebih-lebih lagi apabila kejayaan tersebut diraikan bersama KFC.
5. Bila hari gaji, jadi momen berharga tunaikan permintaan mak

“Harini aku beli KFC je dekat mak aku tapi kenapa touching sangat weh…”
Itulah yang dikongsikan nickafiza di Threads selepas dia belikan KFC untuk maknya pada hari gaji.
Beberapa hari sebelum itu, maknya ada minta KFC tetapi Nick Fiza terlalu sibuk bekerja dan tidak sempat singgah. Jadi bila gaji masuk dan kebetulan dia bekerja pada waktu pagi, dia ambil kesempatan untuk belikan hidangan yang diminta maknya.
Walaupun baginya, seketul ayam KFC itu tidak mungkin dapat membalas segala yang telah dilakukan oleh ibunya selama ini, dia tetap gembira kerana dapat memenuhi satu permintaan kecil daripada insan yang disayanginya.
“Semoga aku sentiasa dapat memenuhi apa je yang mak aku nak. Walaupun dia lebih mampu untuk beli sendiri. Love u umi.”
Mungkin bagi orang lain ia sekadar KFC, tetapi bagi Nick Fiza, momen kecil itu cukup untuk buatnya rasa bahagia kerana dapat menggembirakan mak sendiri.
6. Bila berada jauh di negara orang, confirm rindu makanan Malaysia

“KFC paling sedap goes to – Malaysia.”
Perkongsian poobritney11 di Threads ini memang cukup untuk buat rakyat Malaysia yang pernah merantau tersenyum sendiri.
“Even UK almost close to Malaysia but still cannot beat. Kazakhstan version pun baru try last month, kecewa gais!”
Nampak macam sekadar perbandingan rasa, tetapi di sebalik perkongsian itu ada satu perkara yang ramai rakyat Malaysia boleh relate. Ye la, bila berada jauh dari tanah air, makanan yang biasa kita nikmati di sini pun boleh tiba-tiba jadi sesuatu yang dirindui.
Mungkin di negara lain pun ada KFC, tetapi pengalaman menikmati KFC di Malaysia tetap terasa berbeza. Sebab yang dirindui bukan sekadar makanan, tetapi juga rasa dekat dengan rumah dan segala kenangan yang datang bersamanya.
Momen biasa jadi kenangan paling bermakna bila diraikan bersama KFC
Daripada kisah cinta yang bermula di tempat kerja, sambutan graduasi, payday sehinggalah momen berkongsi rezeki, setiap cerita ini menunjukkan satu perkara yang sama.
KFC boleh muncul sebagai sebahagian kenangan bermakna dalam pelbagai fasa kehidupan rakyat Malaysia.
Ada momen yang dirancang, ada juga yang berlaku secara spontan. Ada yang diraikan bersama keluarga dan kawan-kawan, dan ada juga yang diraikan secara peribadi.
Melalui #GengKepci, KFC meraikan momen istimewa rakyat Malaysia dengan turut hadir dan mencipta pengalaman bermakna bersama mereka.
Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Kongsikan momen istimewa korang di media sosial dan jangan lupa sertakan #GengKepci. Mana tahu, cerita korang dapat perhatian KFC dan menjadi satu lagi momen untuk diraikan bersama.
KFC mengucapkan Selamat Hari Merdeka Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia! Merdeka! Merdeka! Merdeka!






