berita

Bila Makanan Jadi Rentak Muzik, Selamba Betul Lagu Raya KFC Tahun Ni!

May 31st, 2019 | by Mastura
Shout Out!

Raya datang lagi! Apa agaknya yang paling korang nantikan setiap kali tibanya musim perayaan ni?Kalau min, mestilah tak sabar nak dengar lagu-lagu raya berkumandang dekat radio, barulah feel gitu nak raya.

Tapi cakap pasal lagu raya ni, min terperanjat sebenarnya dengan KFC, sebab diorang keluarkan lagu raya sendiri tau! Hmm. Apa yang special sangat dengan lagu raya KFC ni?

Siapa kata raya kena beria? Selamba jelah!

Hari Raya Aidilfitri antara perayaan yang terbesar di Malaysia. Kalau korang perasan setiap kali nak raya, semua orang beriya nak buat persiapan raya. Nak beli baju baru, tukar perabot atau prepare berpuluh jenis kuih raya untuk dihidangkan. Sampaikan rasa macam makna raya tu hanya pada persiapan je sebab duit banyak habis kat situ je. Tu belum kira bab duit raya.

Haa.. Sebab tulah KFC melalui lagu rayanya dengan kerjasama kugiran lokal, The Venopian Solitude nak korang faham yang raya ni tak perlu nak beriya sangat pon sampai terlupa kegembiraan beraya tu. Diorang selamba je jadikan sajian kegemaran ramai KFC sebagai alat muzik dalam lagu mereka ‘Raya Selamba’.

Nampaknya, lagu raya KFC ni bukan biasa-biasa. Dahlah best siap boleh ikut nyanyi dan menari sekali.

Mind blowing.. Diorang buat muzik betul-betul kot daripada makanan!

 

View this post on Instagram

 

KFC x THE VENOPIAN SOLITUDE : BEHIND THE SONGWRITING We were proposed to write a Raya song using @makeymakeylabz What is a Makey-makey? It is a device used to trigger keys on the keyboard(in this case, music instruments). So, without further ado, we put on our thinking hats and try to write, and play, a newly-written, fresh out off the pressure cooker Raya song using KFC products. Just for the luls(and to see what happen). They say ‘don’t play with your food’ We add ‘unless it’s for music lol’ Music video coming out soon. P/s : no wastage happened, we ate everything afterwards Pp/s : all cables, hands and laptops went through thorough disinfection to the point you can see their pure, cleansed souls #rayaselamba #KFC @kfcmalaysia @thevenopiansolitude

A post shared by The Venopian Solitude™ (@thevenopiansolitude) on


Mula-mula tengok video ni min ingat diorang acah je tepuk-tepuk makanan tu. Tapi lepas tengok behind the scenes video ni, min terus tabik pada kumpulan The Venopian Solitude dan KFC. Macam mana la diorang boleh terfikir nak buat muzik daripada gelombang makanan kan?

Lagu “Raya Selamba” ni rupanya digubah menggunakan papan litar. Di mana, makanan tu semua disambungkan ke program komputer sampailah terhasilnya bunyi-bunyian. Kreatif kan? 

Lepas ni kalau korang makan ayam rasa nak tepuk-tepuk, silakan! Mana tau boleh buat lagu.

Raikan raya korang dengan sajian KFC!

Nak raya korang lagi meriah, jangan lupa hidangkan sekali KFC pada saudara-mara dan tetamu yang datang. Barulah kenikmatan boleh dikongsi bersama, kata selamba raya!

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada KFC! Ingat raya lebih bermakna bila semuanya selamba…

The following two tabs change content below.