Mencatat hasil kutipan sebanyak 11.74 juta menerusi filem KL Gangster pada tahun 2011, bakat Syamsul Yusof sebagai seorang pengarah muda yang berkaliber sememangnya tidak dapat dinafikan.
Bagaimanapun, Syamsul dikatakan ‘merajuk’ dan tidak mahu mengarahkan filem lagi dek kerana filem KL Gangster 2 telah dicetak rompak sebelum ditayangkan di pawagam.
Dilihat agak lama mendiamkan diri daripada menjawab isu tersebut, akhirnya Syamsul membuka mulut dan sekaligus menafikan dakwaan tersebut menerusi laman twitternya semalam.
Status yang dimuat naik oleh Syamsul Yusof semalam
Menariknya, status tersebut disambut baik oleh para peminatnya yang menyatakan kerinduan mereka untuk menonton naskhah yang diarahkan oleh Syamsul.
Malah, mereka juga mencadangkan agar Syamsul dapat mengarahkan filem berunsur keagamaan yang dilihat bersesuaian dengan penampilan dakwah yang dibawa olehnya sekarang.
Dalam pada itu, Syamsul juga sempat mengucapkan tahniah kepada adiknya, Syafiq Yusof atas kejayaannya mengarahkan filem ‘Abang Long Fadil’ yang bakal ditayangkan pada 29 Mei ini.
Rasanya, tidak mustahil jika satu hari nanti adik-beradik ini bakal bergabung idea dan tenaga untuk menghasilkan sebuah filem yang pecah panggung bukan? Sama-sama kita nantikan!
Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof