Siti Norhidayah Mohd Ali mengakui berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam berkenaan tuntutan faraid yang difailkannya. Menurutnya, pembahagian dilakukan berdasarkan hukum syarak melibatkan rumah, kereta, wang ringgit dan barang peribadi Allahyarham Abam Bocey.
Artikel berkaitan: ‘Alhamdulillah Dah Selesai Urusan Faraid. Pihak Sana Pun Akan Dapat Bahagian’- Hidayah
Mengenai tuntutan hadanah pula, mahkamah menetapkan tarikh baru pada Oktober berikutan kegagalan pihak ibu mentuanya, Sabariah Arshad hadir ke mahkamah.
Kenapa tak datang mahkamah?
Selepas urusan pembahagian faraid selesai, Instagram aliputeh_official diserang netizen bertubi-tubi. Mereka melontarkan pelbagai pertanyaan lanjut termasuk dakwaan pihaknya tidak hadir ke mahkamah.
Netizen tanya bila nak buat live
Malah, netizen juga tertunggu-tunggu kenyataan media daripada Ali Puteh untuk menjelaskan isu ini.
Syukur sudah selesai
Menerusi laporan terbaru Harian Metro, Ali meluahkan rasa syukur dengan keputusan yang dikeluarkan mahkamah hari ini.
Alhamdulilah, syukur sudah selesai. Itulah sebaiknya.
Orang cakap saya nak halang harta arwah. Ya Allah Ya Tuhanku, kalau tengok sidang media saya yang awal dulu dan video terbaru, saya cakap sama saja. Kalau ikut hukum Islam memang itulah sebaiknya dan lebih bagus. Benda itu memang perlu difaraidkan kalau ikut hukum Islam. Syukur perkara ini sudah selesai. Memang itu yang terbaik. Apabila jadi begini orang anggap saya yang salah.
Jelas Ali lagi, pihaknya tidak pernah cuba untuk menyekat harta peninggalan Allahyarham malah mahu perkara itu dibuat mengikut hukum syarak. Ketika ditanya mengenai status rumah peninggalan Allahyarham Abam, Ali berkata ia termasuk dalam faraid.
Ibu bapa arwah faham bahagian mereka
Peguam yang mewakili Ali, Noorazmir Zakaria dari Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir juga menegaskan pihak anak guamnya tidak pernah rebutkan harta peninggalan tersebut.
Keputusan mahkamah tadi adalah pengisytiharan faraid siapa yang berhak. Jadi, dalam kes ini yang terbabit adalah balu, anak dan ibu bapa arwah.
Dari awal lagi, permohonan yang difailkan balu tidak ada masalah dan tak perlu dipertikaikan. Malah, apabila saya terangkan kepada keluarga Ali, mereka tak pertikaikan. Ibu bapa arwah faham bahagian mereka.
Cuma, selepas ini kami akan membuat permohonan surat kuasa tadbir untuk membahagikan harta peninggalan arwah dan dibahagikan menurut hukum faraid.
Kita juga dalam proses untuk selesaikan pembahagian harta secara baik. Balu arwah akan dimasukkan kerana dia berhak selaku penjaga sah anak yang masih bawah umur.
Tambah peguam ini lagi, Toyota Vellfire milik Allahyarham dimaklumkan sudah dilelong bank pada 19 Ogos lalu.
Sumber : aliputeh_official , Harian Metro