
Pelakon Mimi Lana berkongsi pengalaman berdepan masalah kulit sensitif akibat penggunaan solekan dalam tempoh yang lama.
Artikel Berkaitan: Pemakaian Mimi Lana Ditegur Netizen, Titip Pesanan Soal Aurat – ‘Dah Jadi Isteri, Eloklah Bertutup’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mimi Lana Menyanyi Dalam Filem, Pengarah Siap Bawa Guru Vokal – ‘Buat Single? Takutlah..’
Kulit muka sensitif

Menerusi hantaran di Threads, Mimi berkata dia memiliki kulit wajah yang agak sensitif dan keadaannya lebih baik apabila tidak perlu mengenakan solekan untuk tempoh yang panjang ketika menjalani penggambaran.
Kulit sensitif ni ubat dia memang kena kurang pakai makeup. Kalau saya tak shooting, kulit muka saya sihat sangat!
Tak payah facial pun tak apa, maintain skincare je. Tapi kalau dah start shooting, habis jadi breakout, kering, macam-macam lah sebab pakai makeup dalam tempoh yang lama.
Susulan itu, Mimi turut menasihati orang ramai yang tidak mempunyai keperluan untuk memakai solekan supaya memberi ruang kepada kulit untuk berehat dan ‘bernafas’.
Jadi korang yang tak ada keperluan pakai makeup tu, take it easy and bagi ruang kulit korang bernafas ok!
Mula mula maybe korang rasa tak biasa, but after a while korang Boleh nampak kulit makin sihat!
Sumber: Threads








